Cari:
v Hubungan China-ASEAN 2016 2016-12-06
Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri majlis perasmian Simposium Situasi Antarabangsa dan Dasar Luar China 2016 di Beijing baru-baru ini, serta menyampaikan ucapan. Ketika menyebut usaha China dalam memelihara keamanan serantau, Wang menyatakan bahawa hasil yang paling besar pada tahun ini ialah hubungan China-Filipina mula pulih.
v Donald Trump Hubungi Tsai Ing-wen Menarik Perhatian Ramai 2016-12-06

Akhbar Renminribao dalam ulasan menyebut bahawa perbuatan ini bercanggahan dengan dasar "Satu China" yang diamalkan AS. Peristiwa itu satu contoh yang buruk kerana ini kali pertama presiden atau bakal presiden AS menghubungi pemimpin Taiwan secara langsung, sejak China dan AS menjalin hubungan diplomatik.

v Adakah Jepun dan Singapura Mampu Selamatkan TPPA? 2016-12-05
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengadakan rundingan dengan Presiden Singapura, Tan Keng Yam yang sedang dalam rangka lawatan di Jepun pada Khamis lalu. Kedua-dua pemimpin itu menyatakan bahawa Jepun dan Singapura akan terus berusaha untuk mendorong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Namun sebelum ini, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah menyatakan bahawa negara itu akan keluar dari TPPA.
v Ulang Tahun ke-30 Deklarasi Hak Pembangunan 2016-12-05
4 Disember tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Deklarasi Hak Pembangunan. Sarjana dan pakar hak asasi manusia dari lebih 40 buah negara dari Asia, Eropah dan Afrika telah menyertai simposium di Beijing, mengadakan perbincangan tentang situasi semasa dan cabaran pembangunan dunia.
v China Kawal Penularan Wabak Aids 2016-12-02
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China (CDC), sehingga September yang lalu, jumlah orang yang dijangkiti HIV atau pesakit Aids di China mencatat 654 ribu kes, manakala jumlah kematian akibat wabak itu mencatat 201 ribu orang.
v Myanmar, Singapura Kukuh Ikatan Ekonomi 2016-12-02
Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi melakukan lawatan rasmi ke Singapura mulai 30 November hingga 2 Disember, atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Ini adalah lawatan rasmi yang pertama bagi Suu Kyi. Kali terakhir beliau berada di republik itu adalah pada 2013 semasa beliau menjadi pemimpin Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD).
v Zaman Pasca Raja Bhumibol Adulyadej 2016-12-01

Dewan Perundangan Thailand semalam mengesahkan putra mahkota Maha Vajiralongkorn naik takhta yang turut dinobatkan sebagai Raja ke-10 negara Gajah Putih. Dengan demikian, Thai memasuki zaman pasca Bhumibol Adulyadej.

v PBB Tingkat Sekatan terhadap DPRK 2016-12-01
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara meluluskan satu resolusi baharu untuk mengenakan sekatan yang lebih ketat ke atas Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) susulan ujian nuklear kelima dan paling kuat setakat ini yang dilakukan Pyongyang pada 9 September lalu.
v Geun-hye Sedia Letak Jawatan 2016-11-30

Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen semalam, menyatakan kesedia­annya berundur lebih awal dan menyerahkan isu peletakan jawatan termasuk pengurangan penggal pentadbiran beliau untuk diputuskan oleh Parlimen.

v NLA Peraku Putera Mahkota Raja Baharu 2016-11-30
Presiden NLA, Pornpetch Witchitcholchai berkata, NLA akan memohon untuk menghadap Putera Mahkota berkenaan bagi menjemput baginda secara rasmi untuk menaiki takhta. Putera Mahkota itu akan menggantikan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej, yang mangkat pada 13 Oktober lepas sekiranya baginda menerima jemputan NLA untuk menaiki takhta.
v Syarikat E-dagang China Teroka Pasaran Asia Tenggara 2016-11-29
Jumlah penduduk di Asia Tenggara mencatat lebih 600 juta orang. Ekonomi di kawasan itu bertumbuh baik pada masa ini, tetapi perkembangan industri e-dagangnya masih kurang maju. Keadaan ini membolehkan sejumlah besar syrikat e-dagang, syarikat e-bayar dan syarikat logistik mempercepat penerokaan di rantau tersebut.
v Jepun Susun Semula Skim Tarif Keutamaan 2016-11-29
Menurut skim yang sedia ada, negara dan kawasan yang menjana pendapatan negara kasar (GNI) per kapita melebihi USD12,736 (RM56,781) dalam tempoh tiga tahun berturut-turut tergolong dalam kategori negara berpendapatan tinggi menurut kriteria Bank Dunia, tidak menikmati tarif keutamaan. Sebagai tambahan kepada skim terbaru itu, yang diletakkan berada dalam kategori negara berpendapatan pertengahan-atas dengan mencapai GNI per kapita melebihi USD 4,125 (RM18,390) serta memiliki dominasi eksport sebanyak satu peratus lebih dalam pasaran global, juga tidak lagi disenaraikan di bawah skim tarif tersebut.
v Putin Akan Lawat Jepun 2016-11-28
Hubungan antara Moscow dengan Tokyo mulai memecahkan kebuntuan selepas pemimpin kedua-dua negara melakukan pertemuan sepanjang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru seminggu lepas. Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida dilaporkan akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov di Moscow minggu depan sebagai persiapan bagi kunjungan Presiden Vladimir Putin ke Jepun yang dijadualkan pada pertengahan Disember nanti.
v Persahabatan PLA, ATM Kukuh Menerusi Demonstrasi Pertempuran 2016-11-25
Eksesais Aman Youyi 2016, latihan ketenteraan bersama antara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki hari ketiga di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor, 24 November lalu. Eksesais yang dilaksanakan secara Staff Exercise (STAFFEX) dan Field Training Exercise (FTX) bermula pada 21 hingga 25 November itu membabitkan beberapa aktiviti penting, antaranya termasuk 'survival di hutan'.
v China Memperkasa Kerjasama dengan Amerika Latin 2016-11-25
Sempena Persiden China, Xi Jinping mengakhiri lawatan ke tiga negara Amerika Latin, kerajaan China telah mengeluarkan dokumen mengenai dasar terhadap Amerika Latin dan Caribbean semalam.
v Korea Selatan, Jepun Kongsi Maklumat Risikan Ketenteraan Ancam Keselamatan Serantau 2016-11-24
Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo dan Duta Besar Jepun ke Korea Selatan, Yasumasa Nagamine mewakili kerajaan masing-masing telah menandatangani Perjanjian Perlindungan Maklumat Risikan Ketenteraan (GSOMIA) secara rasmi di Seoul semalam. Hal ini telah mengundang penentangan yang keras daripada rakyat Korea Selatan dan kebimbangan media negara itu.
v China Kemas Kini Permit Pelepasan Bahan Pencemar 2016-11-24
Menjelang hujung 2016, loji kuasa haba dan industri kertas merupakan dua sektor perintis yang melakukan pembaharuan terhadap struktur pelepasan bahan pencemar di dalam negeri, bandar Beijing, Tianjin dan provinsi Hubei tertumpu kepada sektor besi dan keluli serta industri simen, manakala provinsi Hainan di selatan China pula bermula dari industri petrokimia. Seterusnya, permit pelepasan bahan pencemar yang dikeluarkan kepada sektor utama membabitkan kualiti udara dan air akan dikemaskan semula pada 2017. Menjelang 2020, hampir semua sektor dan industri di China akan memperoleh permit berkenaan yang selaras dengan piawaian terbaru berkenaan.
v Jepun Giat Rapatkan Hubungan dengan Negara Asia Tenggara 2016-11-23
Baru-baru ini, kerajaan Jepun giat menjalankan aktiviti untuk merapatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Asia Tenggara. Bermula pada bulan September hingga sekarang, pemimpin dari beberapa negara telah mengadakan lawatan ke Jepun, antaranya lawatan yang diadakan oleh pemimpin beberapa negara Asia Tenggara termasuk Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi tumpuan ramai.
v Eksesais PLA, ATM Perkasa Operasi Kemanusiaan 2016-11-23
Panglima Angkatan Tentera China, Jeneral Fang Fenghui dalam ucapannya pada majlis Pembukaan Eksesais Aman Youyi menyifatkan eksesais kali ini sebagai usaha melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, dan mekanisme penting bagi memperkasakan kerjasama dua hala dalam ketenteraan serta pendekatan utama untuk meningkatkan kemampuan bertempur.
v Langkah Penting bagi Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik 2016-11-22
Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 berakhir di Lima, ibu negara Peru pada 20 November lalu. Deklarasi Lima yang diluluskan dalam mesyuarat itu menandakan langkah yang penting bagi inisiatif China untuk menubuhkan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China