Cari:
v Rakyat China Giat Melancong Sempena Cuti Panjang Hari Kebangsaan 2016-10-03
Sempena cuti panjang hari kebangsaan, sejumlah besar rakyat China melancong ke destinasti di dalam dan luar negeri. Menurut ramalan Institut Pengajian Pelancongan, jumlah pelancong dalam negeri menambah 12 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun yang lalu, dengan mencatat 589 juta orang sempena cuti panjang kali ini.
v Britain Mulakan Proses Brexit Sebelum Mac 2017 2016-10-03
Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) sekitar musim panas 2019, selepas Perdana Menteri negara itu, Theresa May mengisytiharkan bahawa beliau akan memulakan proses rasmi untuk Brexit atau Britain Exit sebelum Mac tahun depan. Buat kali pertama menawarkan jadual waktu yang jelas dan tindakan yang terperinci bagi pelan Brexit sejak keputusan referendum untuk Britain keluar dari EU dimuktamadkan Jun lalu, May telah mendiamkan spekulasi beberapa minggu berhubung tarikh tindakan berkenaan dengan membuat pengumuman tersebut pada majlis perasmian persidangan tahunan Parti Konservatif di Birmingham pada Ahad lalu.
v Lokasi THAAD Diganti, Bantahan Tetap Hebat 2016-09-30
Kementerian Pertahanan Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan untuk menggantikan lokasi penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD).
v Phiblex, Latihan Ketenteraan "Terakhir" Filipina-AS 2016-09-30
Duterte memberi notis bagi memberitahu AS bahawa ini adalah latihan ketenteraan bersama yang terakhir berikutan keengganan Beijing untuk melihat berulangnya latihan seumpama itu. Walau bagaimanapun, beliau mendakwa, Manila akan mengekalkan hubungan ketenteraan dengan Washington kerana ia termaktub dalam Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina yang ditandatangani antara kedua-dua negara pada 1951, dan sementara itu, negaranya pun tidak akan ketinggalan dalam mewujudkan perdagangan baharu dan persepakatan komersial dengan China dan Russia.
v Penyertaan Renminbi dalam SDR Langkah Signifikan 2016-09-29
Mata wang Renminbi (RMB) akan dimasukkan dalam kelompok mata wang Hak Pengeluaran Khas (SDR) oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 1 Oktober depan dengan perkongsian simpanan 10.92 peratus berbanding dolar Amerika, Euro, Yen dan Pound Sterling. Penyertaan Renminbi dalam kelompok mata wang rizab merupakan petanda signifikan dalam usaha mentransformasi ekonomi kedua terbesar dunia ini untuk menjadi lebih terbuka.
v Kerjasama Laos-China Semakin Kukuh 2016-09-29
Menurutnya, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan oleh China amat sesuai dengan strategi Laos. Inisiatif itu akan menjadi penggerak bagi pembangunan Laos dan serantau.
v Pencemaran Udara di Dunia Semakin Serius 2016-09-28
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengumumkan laporan tentang situasi pencemaran udara sejagat serta pengaruhnya terhadap kesihatan manusia.
v Dunia Manfaatkan Perkembangan pelancongan China 2016-09-28
Kini, bercuti tidak kiralah di dalam negara mahupun ke luar negara sudah menjadi satu cara hidup yang dijalani masyarakat China. Statistik terkini menunjukkan, bermula dari Januari hingga Jun lalu, destinasi domestik meningkat 10.47 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan menerima kunjungan sebanyak 2.23 bilion orang, manakala bilangan yang melawat ke luar negara bertambah sebanyak 4.3 peratus, mencatat kira-kira 59 juta orang.
v China Komited Lindungi Kepentingan OKU 2016-09-27

Sidang Kerja Hal Ehwal Orang Kurang Upaya (OKU) China ke-5 diadakan semalam. Menurut sidang tersebut, China akan menyempurnakan sistem jaminan hak dan kepentingan serta perkhidmatan awam bagi golongan OKU.

v Pembangunan Mampan, Matlamat Bersama China dan ASEAN 2016-09-27
Simposium mengenai Pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 diadakan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini, yang diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN, Vongthep Arthakaivalvatee, dan Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Xu Haoliang, yang juga Ketua Pengarah Biro Kawasan Asia Pasifik Program Pembangunan PBB (UNDP).
v Perincian Antikeganasan Menjangkau Komuniti 2016-09-26
Kerajaan Singapura kelmarin secara rasmi mengumumkan Kempen Perlindungan Keluarga bagi menjamin keselamatan setiap penduduk. Sebagai tindakan kecemasan antikeganasan yang menyasarkan komuniti dan taman perumahan di seluruh negara, Kempen tersebut merupakan sebahagian yang penting dalam pelaksanaan rancangan antikeganasan Singapura dan juga merupakan tindakan yang terkini untuk menentang keganasan dan memelihara kestabilan masyarakat
v FAST, Pencapaian Cemerlang China dalam Astronomi 2016-09-26
Teleskop radio terbesar di dunia yang dihasilkan oleh China memulakan operasinya pada Ahad lalu. Pencapaian yang signifikan ini mengejutkan dunia kerana bakal meningkatkan kemampuan saintis China meneliti angkasa lepas. Teleskop Radio Apertur Sfera atau FAST yang memiliki bukaan kanta sehingga lima ratus meter dibina di lembah berbukit-bukau di provinsi Guizhou, barat daya China.
v Pelaburan Langsung Ke Luar Negara China 2015 Lonjak ke Tempat Kedua Dunia 2016-09-23
Komunike Statistik Pelaburan Langsung Ke Luar Negara China 2015 dikeluarkan di Beijing semalam. Menurut dokumen itu, jumlah pelaburan langsung China ke luar negeri pada tahun itu melonjak ke tempat kedua di dunia.
v Ekonomi dan Pelancongan Asia Tenggara Terjejas Akibat Penularan Wabak Zika 2016-09-23
Indonesia dan negara di Asia Tenggara yang lain masing-masing meningkatakan amaran kesihatan awam untuk mencegah dan mengawal penularan wabak virus Zika berikutan peningkatan kes jangkitan virus Zika di Singapura dan Thailand sejak memasuki musim hujan pada bulan Ogos lalu. Ancaman virus Zika turut mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat pelbagai negara di rantau Asia Tenggara.
v Li Keqiang Tegaskan Kewibawaan PBB Mesti Dipelihara 2016-09-22
Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam perbahasan umum bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-71 pagi semalam menegaskan bahawa sistem antarabangsa yang berteraskan PBB dan norma hubungan antarabangsa yang berdasarkan Piagam PBB mesti dipelihara dengan tegas.
v China-ASEAN Naik Taraf Kerjasama Pendidikan 2016-09-22
Simposium Kerjasama dan Keterbukaan Pendidikan China(Guangxi)-ASEAN telah diadakan di bandar Nanning, Guangxi pada 21 September lalu. Simposium kali ini turut dihadiri oleh hampir 200 perwakilan dari 69 buah sekolah bahasa Manfarin dan institut pengajaran bahasa Mandarin dari sembilan negara.
v Keadaan Perlindungan Tembok Besar China Diperbaiki 2016-09-21
20 September merupakan ulang tahun ke-10 pengeluaran Peraturan Perlindungan Tembok Besar China. Siri aktiviti turut diadakan di 15 buah provinsi dan bandar sepanjang Tembok Besar, termasuklah provinsi Hebei dan Mongolia Dalam untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perlingdungan Tembok Besar.   
v Li Keqiang Pengerusikan Simposium Agenda Pembangunan Mampan 2030 2016-09-21

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mempengerusikan dan menyampaikan ucapan dalam simposium mengenai Agenda Pembangunan Mampan 2030 di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York petang kelmarin waktu tempatan.

v Laporan Kerja Kerajaan Thailand Ulangi Strategi 4.0 2016-09-20
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha bersama-sama dengan enam Timbalan Perdana Menteri negara itu mengeluarkan laporan kerja kerajaan di Bangkok baru-baru ini. Prayuth ketika membentangkan laporan tersebut menyatakan bahawa kerajaan berjaya memulihkan imej negara Thailand yang dikenali sebagai "negara senyum" dalam tempoh dua tahun pentadbirannya.
v Li Keqiang: China Sedia Pikul Tanggungjawab dalam Tangani Isu Pelarian dan Imigran 2016-09-20
China sebagai negara membangun yang besar bersedia memikul tanggungjawab setimpal dengan kemampuan sendiri dan akan mengambil langkah-langkah kemanusiaan di samping berunding secara aktif dengan institusi antarabangsa berkenaan dan negara membangun untuk menjalankan kerjasama tiga pihak dalam menangani isu pelarian dan imigran.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China