Cari:
v Syarikat Swasta China Terokai Ruang Perkembangan Sempena Pembinaan Inisiatif B&R 2016-09-19
Sejak inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dikemukakan pada tiga tahun yang lalu, China telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan lebih 30 buah negara untuk menjayakan usaha itu.
v China Rebut Peluang Perkembangan Tenaga Bersih di Pasaran ASEAN 2016-09-19
Lebih seratus perwakilan daripada China dan negara-negara ASEAN mengadakan perbincangan mengenai kerjasama tenaga elektrik antara China dan ASEAN pada subforum sempena Ekspo China-ASEAN ke-13 di bandar Nanning, provinsi Guangxi baru-baru ini.
v Lawatan PM Li ke Benua Amerika Signifikan 2016-09-16
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-71 di New York dan mengadakan lawatan rasmi ke Kanada dan Cuba pada 18 hingga 28 September ini atas undangan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Majlis Negara Cuba, Raul Castro
v Di Sebalik Keengganan Filipina Bersekutu dengan AS 2016-09-16
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini berkata bahawa pihaknya tidak akan menyertai lagi rondaan bersama dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan. Beliau juga meminta AS mengundurkan tentera dari selatan Filipina.
v China Galak Pemiawaian Jana Penaiktarafan Perindustrian 2016-09-15
Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam ucapannya pada Persidangan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) ke-39 di Beijing semalam, menegaskan perlunya melaksanakan sepenuhnya strategi pemiawaian bagi mempercepat penaiktarafan perindustrian dan menjana pertumbuhan ekonomi. Beliau menyifatkan pemiawaian sebagai teras daya saing sesebuah negara, yang akan dimasukkan dalam agenda pembaharuan China
v Penaiktarafan CAFTA Pacu Kerjasama China-ASEAN 2016-09-15
Sebuah trak angkat susun tanpa pemandu keluaran Syarikat Jentera Xiagong Xiamen Berhad (XGMA) yang dipamerkan dalam Ekspo China-ASEAN ke-13 menarik perhatian para pengunjung. Pegawai XGMA, Mo Haijin memberitahu wartawan bahawa kini terdapat sebanyak 500 hingga 600 buah produk yang dihasilkan syarikat mereka dieksport ke negara ASEAN setiap tahun, dengan kebanyakannya adalah produk pintar yang berteknologi tinggi.
v Pemimpin Perniagaan China, ASEAN Bincang Kerjasama Perindustrian 2016-09-14
Forum yang dihadiri hampir 400 wakil komuniti perniagaan itu menyasarkan untuk membentuk platform dialog dan pertukaran antara pemimpin perniagaan China-ASEAN, mewujudkan mekanisme jangka panjang, sekali gus meningkatkan lagi penyepaduan perindustrian, kerjasama kapasiti pengeluaran dan pelaburan antara kedua-dua pihak
v Prestasi Ekonomi China Makin Menggalakkan 2016-09-14
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Biro Statisik Negara China (NBS) semalam, jumlah pelaburan aset tetap negara ini menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.1% dari Januari hingga Ogos tahun ini, manakala pelaburan swasta pula meningkat 2.1%.
v Kerjasama Pemanduan Arah Satelit China-ASEAN Capai Kemajuan 2016-09-13
Forum Kerjasama Pemanduan Arah Satelit China-ASEAN diadakan di Nanning, Guangxi pada 12 September lalu. Ketua pereka bentuk Sistem Satelit Pandu Arah Beidou, Yang Changfeng dalam forum itu berkata, ketepatan penentududukan sistem tersebut akan terus ditingkatkan pada masa akan datang.
v Pelaksanaan Gencatan Senjata Syria Berdepan Kesukaran 2016-09-13
Perjanjian gencatan senjata Syria, hasil perbincangan panjang antara Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Geneva, berkuat kuasa semalam. Gencatan senjata tersebut, yang dilihat sebagai peluang terbaik untuk menamatkan perang saudara selama lima tahun di Syria, dipatuhi oleh kebanyakan kawasan di negara itu.
v Hillary Bergelut Krisis Kredibiliti 2016-09-12
Menjelang pilihan raya tersebut, isu kredibiliti calon Presiden daripada Parti Demokrat, Hillary Clinton menjadi perhatian umum. Selain bergelut dengan skandal berhubung penggunaan pelayan emel peribadi untuk urusan rahsia kerajaan, hasil siasatan terkini juga menunjukkan Hillary disyaki menyediakan "layanan istimewa" kepada penderma Yayasan Clinton semasa menyandang jawatan Setiausaha Negara AS.
v CAEXPO, CABIS Galas Misi B&R 2016-09-12

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-13 dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi semalam. CAEXPO dan CABIS yang bertemakan "Gabung Tenaga Bina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Bentuk Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN yang Lebih Kukuh" itu menggalas misi penting untuk meningkatkan sinergi China-ASEAN dalam usaha menjayakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

v Li Keqiang: Kerjasama Asia Timur Patut Dorong Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran Serantau 2016-09-09
Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 di Vientiane, Laos semalam. Sidang itu turut dihadiri pemimpin dari 10 buah negara anggota ASEAN, Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), Rusia, Jepun, India, Australia, New Zealand, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
v Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 Tumpukan Kerjasama dan Keselamatan Serantau 2016-09-09
Sidang Kemuncak Asia Timur ke-11 telah diadakan di Vientiane, ibu negara Laos semalam. Menurut Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin, negara-negara Asia Timur perlu mempergiat kerjasama dan mewujudkan kesalingpercayaan untuk bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan serantau, di samping memelihara kemakmuran ekonomi Asia Timur.
v Sidang Kemuncak ASEAN Fokuskan "Kesalinghubungan Dalam & Kerjasama Luar" 2016-09-08
Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 telah diadakan di Vientiane, Laos pada 6 hingga 7 September lalu. Pemimpin dari 10 buah negara ASEAN bersepakat akan meningkatkan kerjasama dalam ASEAN, mendorong pembinaan komuniti, serta merapatkan hubungan ASEAN dengan rakan-rakan dialog dan masyarakat antarabangsa.
v China Pererat Hubungan dengan ASEAN 2016-09-08
Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Pemimpin ASEAN-China (10+1) ke-19 dan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog ASEAN-China di Vientiane, Laos semalam. Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith bersama-sama mempengerusikan persidangan yang turut dihadiri pemimpin dari 10 buah negara ASEAN. Li mengemukakan lima cadangan bagi mempererat hubungan antara China dengan ASEAN.
v Yang Jiechi: Hasil Sidang Kemuncak G20 Memberangsangkan 2016-09-07
Sidang Kemuncak Ke-11 Kumpulan 20 (G20) telah berakhir di Hangzhou Isnin lalu. Ahli Dewan Negara, Yang Jiechi ketika diwawancara oleh wartawan di Hangzhou semalam menyatakan bahawa sidang kali ini amat signifikan kerana diadakan semasa situasi krisis kewangan antarabangsa paling rumit dan menghadapi pelbagai cabaran serta dinanti-nantikan pelbagai pihak.
v Peristiwa Bersejarah dalam Peningkatan Rasa Kesalingpercayaan Politik China-ASEAN 2016-09-07
Sidang Pemimpin China-ASEAN (10+1) ke-19 dan Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-25 Hubungan Dialog China-ASEAN diadakan di Vientiane, ibu negara Laos, negara pengerusi bergilir ASEAN hari ini. Dua dokumen iaitu Garis Panduan Wadah Talian Penting Diplomat Kanan demi Kejadian Maritim Cemas China-ASEAN, dan China dan ASEAN Melaksanakan "Peraturan Pertemuan Luar Jangkaan di Laut" di Laut China Selatan, telah diluluskan dalam persidangan tersebut.
v Sidang Kemuncak G20 Berakhir 2016-09-06
Sidang Kemuncak Ke-11 Kumpulan 20 (G20) telah berakhir di Hangzhou petang semalam. Sebagai tuan rumah, Presiden China, Xi Jinping telah menjelaskan pencapaian sidang kemuncak kali ini dalam sidang akhbar berkenaan.
v China dan ASEAN Cari Peluang Bersama 2016-09-06
Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri siri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur yang bakal diadakan di Laos. Sebelum persidangan ini, Presiden Institut Pembangunan dan Strategi Longus, iaitu kumpulan pemikir Singapura, Koh Chin Yee ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa jurang perbezaan pembangunan antara China dengan ASEAN turut mewujudkan struktur ekonomi yang saling melengkapi antara kedua-dua pihak. Ia juga melahirkan cara kerjasama yang berlainan antara negara-negara ASEAN dengan China.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China