Cari:
v Internet Bantu Jana Pembangunan China 2016-11-16

Persidangan Internet Dunia ke-3 yang bertemakan "Pembangunan Internet Dipacu Inovasi Demi Faedah Semua: Bina Komuniti Berkongsi Masa Depan di Ruang Siber" dibuka tirai di Wuzhen, provinsi Zhejiang, timur China hari ini. Persidangan selama tiga hari ini akan mempamerkan pencapaian China dalam pembangunan internet serta kemajuan teknologi internet global

v Kerjasama Muhibah China-Amerika Latin Semakin Erat 2016-11-16
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Ecuador, Peru dan Chile bermula esok hingga 23 November ini. Agenda lawatan beliau juga termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 yang dijadualkan pada 19 hingga 20 November di Lima, ibu negara Peru.
v Ekonomi China Kekal Mapan 2016-11-15
Data terkini mengenai pengeluaran perindustrian, pelaburan dalam aset tetap serta pelaburan dan jualan hartanah bagi Oktober lalu, yang dikeluarkan Biro Statistik Negara (NBSC) semalam, menunjukkan ekonomi China terus mapan. Sehubung dengan itu, jurucakap NBSC, Mao Shengyong menyatakan bahawa China mampu mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.5% pada tahun ini.
v China, ASEAN Gembleng Tenaga Bentuk Komuniti Pelancongan 2016-11-15
Tahun 2017 telah ditetapkan sebagai Tahun Kerjasama Pelancongan China-ASEAN dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN yang diadakan pada bulan Oktober lalu. Kedua-dua pihak komited memanfaatkan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kerjasama dalam pemasaran, penerokaan produk berkaitan, pelaburan pelancongan, latihan personel, penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan kesalinghubungan, berasaskan rangka kerjasama pelancongan yang sedia wujud.
v Rakyat Perancis Ambil Iktibar Serangan Ganas 2016-11-14
13 November lalu merupakan hari memperingati ulang tahun pertama serangan keganasan di Paris, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 130 orang. Kerajaan Perancis telah mengadakan siri aktiviti demi memperingati mangsa.
v Indonesia Optimis terhadap Ekonomi Tahun ini 2016-11-11
Menurut data terkini yang diumumkan Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia pada suku ketiga tahun ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.02%, menurun 0.17% berbanding suku tahun kedua.
v Presiden Xi akan Melawat Amerika Latin 2016-11-11
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Ecuador, Peru dan Chile pada 17 hingga 23 November, dan turut menghadiri Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 di Lima, Peru.
v Korporat China Teroka Pasaran Lori Berat di Malaysia 2016-11-10
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah melawat China dan membawa pulang perjanjian kerjasama bernilai lebih RMB200 bilion (kira-kira RM125 bilion) yang memperlihatkan hubungan politik dan ekonomi yang kian rapat antara kedua-dua negara ini.
v Presiden Xi Berbual dengan Angkasawan 2016-11-10
Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di Pusat Arahan Program Angkasa Lepas Kendalian Manusia China di Beijing dan berbual dengan Jing Haipeng dan Chen Dong, dua angkasawan China yang sedang menjalankankan tugas di makmal angkasa lepas Tiangong-2 melalui telefon.
v Latihan Tentera Jepun-AS Dipersoalkan 2016-11-09
Latihan tentera bersama Jepun-Amerika Syarikat (AS) selama 13 hari sedang diadakan di kawasan perairan sekitar Jepun. Sebagai salah satu acara dalam latihan itu, Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan tentera AS buat kali pertama melaksanakan latihan tentera bersama yang melibatkan kandungan Undang-undang Keselamatan baharu Jepun di Okinawa Isnin lalu. Walaupun Kementerian Pertahanan Jepun kerap kali menegaskan bahawa latihan ini "bersifat rutin", manun masih dipersoalkan orang ramai.
v Rizab Pertukaran Asing China Turun Empat Bulan 2016-11-09
Menurut data terkini yang diumumkan Bank Pusat China, rizab pertukaran asing China pada Oktober lalu berjumlah USD3.12 trilion, menurun USD45.727 bilion berbanding dengan September lalu. Rizab pertukaran asing China mengalami penurunan selama empat bulan berturut-turut.
v Kapal "Chengho" China Melawat Indonesia 2016-11-08
Majlis jamuan yang meriah telah diadakan di kapal "Chengho" Tentera Laut China yang melawat ke Indonsia malam semalam. Penasihat Menteri dari Kedutaan Besar China ke Indonesia, Sun Weide, Pengerusi Kolej Kapal Dalian Tentera Laut China yang juga komander kapal "Chengho", Mejar Jeneral Yan Zhengming, pegawai tinggi tentera laut Indonesia, dan kira-kira 500 orang keturunan Cina Indonesia, perantau China dan perwakilan perusahaan China di negara itu telah menyertai majlis tersebut.
v Persidang Perubahan Iklim PBB ke-22 Diadakan di Marrakesh 2016-11-08
Persidangan pihak-pihak pemateri ke-22 Konvensyen Rangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) telah diadakan di Marrakesh, selatan Maghribi pada 7 November lalu. Ini persidangan pihak-pihak pemateri kali pertama setelah Perjanjian Paris berkuatkuasa.
v Perjanjian Paris Berkuatkuasa 4 November 2016-11-07
Perjanjian Paris untuk menangani perubahan iklim global mula berkuatkuasa pada 4 November lalu. Menurut statistik, sehingga 1 November lalu, sebanyak 92 pemateri yang telah meluluskan perjanjian tersebut. Jumlah pelepasan gas rumah hijau pihak-pihak pemateri menduduki 65.82% daripada jumlah pelepasan global. Kadar ini telah memenuhi piawaian bagi penguatkuasaan Perjanjian Paris.
v Ulang Tahun ke-5 Pusat China-ASEAN 2016-11-07
Majlis menyambut ulang tahun ke-5 penubuhan Pusat China-ASEAN diadakan di Beijing minggu lalu. Utusan Khas Kementerian Luar China atas urusan Asia, Sun Guoxiang, Duta Besar Laos ke China, Vandy Bouthasavong, Duta-duta Besar Brunei, Kemboja, Indonesia dan Singapura, Kuasa Usaha sementara Kedutaan Besar Filipina, diplomat dan perwakilan dari Myanmar, Thailand, Vietnam dan negara lain turut menghadiri majlis tersebut.
v Geun-hye Semakin Susah, Pencalonan PM Baharu Dibantah 2016-11-04
Ketika menghadapi bantahan keras yang menuntut Presiden Park Geun-hye meletakkan jawatan, Cheongwadae mengumumkan rombakan kabinet secara tiba-tiba. Namun, hal ini turut menimbulkan pertentangan daripada parti pembangkang.
v Long March-5, Naik Taraf Roket Pembawa China 2016-11-04
Roket pembawa generasi baharu yang dikenali sebagai Long March-5 dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Wenchang di provinsi Hainan, selatan China, pada pukul 8.43 malam tadi. Jabatan Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri untuk Pertahanan Nasional China (SASTIND) mengumumkan kejayaan misi tersebut sejuru selepas muatan yang dibawa roket itu digerakkan ke orbit yang diprasetkan kira-kira 30 minit kemudiannya.
v Penstrukturan Sumber Tenaga China Terus Diperbaiki  2016-11-03
Forum Antarabangsa tentang Peralihan Sumber Tenaga (IFET) 2016 diadakan di bandar Suzhou, provinsi Jiangsu baru-baru ini. Kini, China memperoleh 1/3 pelaburan antarabangsa dalam bidang sumber tenaga yang boleh diperbaharui, dan struktur penggunaan sumber tenaga negara ini terus diperbaiki dari semasa ke semasa.
v Jepun, Myanmar Kukuh Ikatan Ekonomi 2016-11-03
Menurut analisis Agensi Berita Kyodo, Jepun menjadikan Myanmar sebagai hab strategik di Semenanjung IndoChina. Malahan, sikap keterbukaan yang ditunjukkan Suu Kyi ketika bergaul dengan dunia Barat meletakkan negara itu semakin lantang bersuara di pentas ASEAN. Manakala Jiji Press Jepun berpendapat, percubaan Shinzo Abe itu memperlihatkan aspirasinya untuk memperkukuh lagi hubungan dengan Myanmar supaya negara itu menjadi hab geopolitik yang strategik dalam dasar luarnya.
v 14 MoU Termeterai China dan Malaysia 2016-11-02
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin lalu, menyaksikan pemeteraian 14 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Putrajaya dengan Beijing berkaitan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan, selepas mempengerusikan rundingan rasmi dua hala bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari China, Li Keqiang di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China