Cari:
v PBB Tingkat Sekatan terhadap DPRK 2016-12-01
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara meluluskan satu resolusi baharu untuk mengenakan sekatan yang lebih ketat ke atas Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) susulan ujian nuklear kelima dan paling kuat setakat ini yang dilakukan Pyongyang pada 9 September lalu.
v Geun-hye Sedia Letak Jawatan 2016-11-30

Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye dalam ucapan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen semalam, menyatakan kesedia­annya berundur lebih awal dan menyerahkan isu peletakan jawatan termasuk pengurangan penggal pentadbiran beliau untuk diputuskan oleh Parlimen.

v NLA Peraku Putera Mahkota Raja Baharu 2016-11-30
Presiden NLA, Pornpetch Witchitcholchai berkata, NLA akan memohon untuk menghadap Putera Mahkota berkenaan bagi menjemput baginda secara rasmi untuk menaiki takhta. Putera Mahkota itu akan menggantikan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej, yang mangkat pada 13 Oktober lepas sekiranya baginda menerima jemputan NLA untuk menaiki takhta.
v Syarikat E-dagang China Teroka Pasaran Asia Tenggara 2016-11-29
Jumlah penduduk di Asia Tenggara mencatat lebih 600 juta orang. Ekonomi di kawasan itu bertumbuh baik pada masa ini, tetapi perkembangan industri e-dagangnya masih kurang maju. Keadaan ini membolehkan sejumlah besar syrikat e-dagang, syarikat e-bayar dan syarikat logistik mempercepat penerokaan di rantau tersebut.
v Jepun Susun Semula Skim Tarif Keutamaan 2016-11-29
Menurut skim yang sedia ada, negara dan kawasan yang menjana pendapatan negara kasar (GNI) per kapita melebihi USD12,736 (RM56,781) dalam tempoh tiga tahun berturut-turut tergolong dalam kategori negara berpendapatan tinggi menurut kriteria Bank Dunia, tidak menikmati tarif keutamaan. Sebagai tambahan kepada skim terbaru itu, yang diletakkan berada dalam kategori negara berpendapatan pertengahan-atas dengan mencapai GNI per kapita melebihi USD 4,125 (RM18,390) serta memiliki dominasi eksport sebanyak satu peratus lebih dalam pasaran global, juga tidak lagi disenaraikan di bawah skim tarif tersebut.
v Putin Akan Lawat Jepun 2016-11-28
Hubungan antara Moscow dengan Tokyo mulai memecahkan kebuntuan selepas pemimpin kedua-dua negara melakukan pertemuan sepanjang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima, Peru seminggu lepas. Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida dilaporkan akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov di Moscow minggu depan sebagai persiapan bagi kunjungan Presiden Vladimir Putin ke Jepun yang dijadualkan pada pertengahan Disember nanti.
v Persahabatan PLA, ATM Kukuh Menerusi Demonstrasi Pertempuran 2016-11-25
Eksesais Aman Youyi 2016, latihan ketenteraan bersama antara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki hari ketiga di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor, 24 November lalu. Eksesais yang dilaksanakan secara Staff Exercise (STAFFEX) dan Field Training Exercise (FTX) bermula pada 21 hingga 25 November itu membabitkan beberapa aktiviti penting, antaranya termasuk 'survival di hutan'.
v China Memperkasa Kerjasama dengan Amerika Latin 2016-11-25
Sempena Persiden China, Xi Jinping mengakhiri lawatan ke tiga negara Amerika Latin, kerajaan China telah mengeluarkan dokumen mengenai dasar terhadap Amerika Latin dan Caribbean semalam.
v Korea Selatan, Jepun Kongsi Maklumat Risikan Ketenteraan Ancam Keselamatan Serantau 2016-11-24
Menteri Pertahanan Korea Selatan, Han Min-koo dan Duta Besar Jepun ke Korea Selatan, Yasumasa Nagamine mewakili kerajaan masing-masing telah menandatangani Perjanjian Perlindungan Maklumat Risikan Ketenteraan (GSOMIA) secara rasmi di Seoul semalam. Hal ini telah mengundang penentangan yang keras daripada rakyat Korea Selatan dan kebimbangan media negara itu.
v China Kemas Kini Permit Pelepasan Bahan Pencemar 2016-11-24
Menjelang hujung 2016, loji kuasa haba dan industri kertas merupakan dua sektor perintis yang melakukan pembaharuan terhadap struktur pelepasan bahan pencemar di dalam negeri, bandar Beijing, Tianjin dan provinsi Hubei tertumpu kepada sektor besi dan keluli serta industri simen, manakala provinsi Hainan di selatan China pula bermula dari industri petrokimia. Seterusnya, permit pelepasan bahan pencemar yang dikeluarkan kepada sektor utama membabitkan kualiti udara dan air akan dikemaskan semula pada 2017. Menjelang 2020, hampir semua sektor dan industri di China akan memperoleh permit berkenaan yang selaras dengan piawaian terbaru berkenaan.
v Jepun Giat Rapatkan Hubungan dengan Negara Asia Tenggara 2016-11-23
Baru-baru ini, kerajaan Jepun giat menjalankan aktiviti untuk merapatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Asia Tenggara. Bermula pada bulan September hingga sekarang, pemimpin dari beberapa negara telah mengadakan lawatan ke Jepun, antaranya lawatan yang diadakan oleh pemimpin beberapa negara Asia Tenggara termasuk Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak menjadi tumpuan ramai.
v Eksesais PLA, ATM Perkasa Operasi Kemanusiaan 2016-11-23
Panglima Angkatan Tentera China, Jeneral Fang Fenghui dalam ucapannya pada majlis Pembukaan Eksesais Aman Youyi menyifatkan eksesais kali ini sebagai usaha melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, dan mekanisme penting bagi memperkasakan kerjasama dua hala dalam ketenteraan serta pendekatan utama untuk meningkatkan kemampuan bertempur.
v Langkah Penting bagi Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik 2016-11-22
Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 berakhir di Lima, ibu negara Peru pada 20 November lalu. Deklarasi Lima yang diluluskan dalam mesyuarat itu menandakan langkah yang penting bagi inisiatif China untuk menubuhkan kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik.
v Punca Utama Pertempuran di Utara Myanmar 2016-11-22
Pertempuran sengit yang tercetus antara tentera kerajaan Myanmar dengan sesetengah kumpulan pemberontak etnik minoriti di bahagian utara negara itu sejak Ahad lalu bukan sahaja mencemari usaha gigih kerajaan Myanmar untuk menggerakkan proses perdamaian, malah memberikan impak yang negatif terhadap kestabilan dan pembangunan di kawasan sempadan Myanmar-China.
v China Prihatin terhadap Situasi di Utara Myanmar 2016-11-21
Pertempuran sengit yang berlaku antara tentera kerajaan Myanmar dengan pemberontak etnik minoriti di kawasan bersempadan dengan China, Ahad lalu, memaksa sebahagian penduduk tempatan Myanmar melarikan diri ke provinsi Yunnan China. Beijing turut meluahkan rasa bimbang terhadap pertempuran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala beberapa lagi tercedera, di samping berharap agar pihak-pihak yang bertelagah supaya bertenang dan mengelak keadaan daripada menjadi lebih buruk serta kembali ke meja rundingan.
v Mesyuarat APEC Komited Perdagangan Bebas, Pertumbuhan Ekonomi dan Kemakmuran Bersama 2016-11-21
Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 dirasmikan di Lima, ibu negara Peru pada 20 November waktu tempatan. Pemimpin daripada 21 entiti ekonomi APEC termasuk Presiden China, Xi Jinping telah bertukar-tukar pendapat mengenai integrasi ekonomi serantau, kawasan perdagangan bebas Asia-Pasifik, kesalinghubungan dan kerjasama dalam industri perkhidmatan dalam mesyuarat itu.
v Wawasan Komuniti Berkongsi Nasib Ruang Siber Jadi Tumpuan 2016-11-18
Ucapan Presiden China, Xi Jinping pada majlis perasmian Persidangan Internet Dunia ke-3 di Wuzhen Rabu lalu, yang menegaskan kesediaan China untuk bersama-sama masyarakat antarabangsa memperjuangkan kesejahteraan seluruh umat manusia, menjunjung konsep kedaulatan ruang siber, menjadikan tadbir urus ruang siber global lebih adil dan munasabah serta membina komuniti berkongsi nasib ruang siber, menjadi tumpuan peserta tempatan dan asing
v Lawatan Presiden Xi Diharap Perkukuh Hubungan China-Ecuador 2016-11-18
Presiden China, Xi Jinping memulakan lawatan rasmi ke Ecuador semalam. Beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan China-Ecuador berkembang pesat, dengan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, teknologi dan infrastruktur semakin rapat. Lawatan Presiden Xi mendapat sambutan baik semua lapisan masyarakat tempatan, yang berharap lawatan berkenaan dapat memperkukuh kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang serta ikatan persahabatan di kalangan rakyat.
v Tadbir Urus Ruang Siber Penting 2016-11-17
Persidangan Internet Dunia ke-3 dibuka tirai di Wuzhen, provinsi Zhejiang, timur China semalam, dengan penyertaan lebih 1,600 pegawai kerajaan, wakil pertubuhan antarabangsa, usahawan Internet, pakar dan sarjana dari lebih 110 buah negara dan wilayah. Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya menerusi rakaman video menekankan peri pentingnya memperkasakan kerjasama antarabangsa dalam tadbir urus ruang siber serta membina komuniti berkongsi masa depan di ruang siber.
v Lawatan Presiden Xi ke Amerika Latin Signifikan 2016-11-17
"Jauh di mata, dekat di hati", demikian dapat hubungan China-Amerika Latin diumpamakan. China merupakan negara membangun terbesar di dunia, manakala Amerika Latin benua yang paling banyak negara membangun. Tahap pembangunan yang serupa dan misi pembangunan yang sama menjadikan China dan Amerika Latin "jiran dekat", meskipun dipisahkan oleh Lautan Pasifik.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China