Cari:
v Lawatan Duterte Diharap Perkukuh Kerjasama Pragmatik China-Filipina 2016-10-17
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte akan mengadakan lawatan sulung ke China pada 18 hingga 21 Oktober ini atas undangan Presiden Xi Jinping. Beijing dan Manila berusaha gigih untuk melicinkan segala urusan berkaitan dengan lawatan tersebut.
v China Kemuka Saranan Tangani Cabaran Bersama BRICS 2016-10-17
Pertemuan ke-8 pemimpin-pemimpin negara anggota BRICS (iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) diadakan di Goa, India semalam. Dalam pertemuan itu, Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "Teguhkan Keyakinan demi Pembangunan Bersama", di samping mengemukakan saranan untuk menangani cabaran yang dihadapi bersama negara BRICS.
v Lawatan Xi ke Kemboja Buahkan Hasil Cemerlang 2016-10-14
Presiden China, Xi Jinping, yang dalam rangka lawatan rasmi ke Kemboja, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh petang semalam.
v Persidangan Internet Dunia ke-3 Diadakan di Wuzhen Bulan Depan 2016-10-14
Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-3 bakal diadakan di Wuzhen, provinsi Zhejiang China pada bulan November nanti. Presiden China, Xi Jinping akan menyampaikan ucapan melalui video.
v Hun Sen: Lawatan Xi Memperkasakan Perkongsian Strategik Kemboja-China 2016-10-13
Sempena Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah diwawancara oleh media China di Phnom Penh baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi kali ini akan memperkukuh persahabatan tradisional antara kedua-dua negara ini dan pasti akan menggalakkan perkongsian strategik Kemboja-China melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.
v Pelaburan China Galakkan Pembangunan Kemboja 2016-10-13
Presiden China, Xi Jinping dijadualkan bertolak dari Beijing untuk memulakan lawatan ke Kemboja hari ini. Seiring dengan peningkatan hubungan kedua-dua negara, semakin banyak syarikat China melabur di Kemboja dan ini turut menggalakkan perkembangan industri tempatan di samping membantu meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan.
v China Tegaskan Pembinaan Pola Keselamatan yang Adil dan Berkongsi 2016-10-12
Forum Xiangshan ke-7 dirasmikan di Beijing semalam. Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan ketika berucap dalam majlis perasmian menyatakan bahawa jabatan pertahanan dan tentera China bersedia berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk membina pola keselamatan dunia yang adil dan berkongsi.
v Persahabatan China-Kemboja Kian Kukuh 2016-10-12
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja pada 13 hingga 14 Oktober ini. Ini akan membuka lembaran baharu dalam hubungan persahabatan kedua-dua negara ini.
v Kemboja Nantikan Lawatan Presiden Xi Jinping 2016-10-11
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja bulan ini. Beliau dan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni ketika mengadakan rundingan di Beijing pada bulan Jun lalu telah bersetuju untuk bersama-sama merapatkan perkongsian stategik komprehensif kedua-dua negara. Sempena lawatan Xi ke Kemboja, pelbagai kalangan masyarakat Kemboja telah melahirkan harapan dan menanti-nantikan lawatan beliau kali ini.
v Xi Jinping Bakal Melawat Kemboja, Bangladesh dan India 2016-10-11
Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja dan Bangladesh, dan menghadiri Pertemuan Pemimpin Negara-negara BRICS ke-8 yang akan diadakan di Goa, India pada 13 hingga 17 Oktober ini.
v China Utamakan Inovasi dan Keselamatan Internet 2016-10-10
Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengadakan sesi pelajaran mengenai pelaksanaan strategi pembinaan negara yang kuat dalam Internet. Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menyatakan bahawa China akan berusaha keras untuk membangunkan China sebagai negara yang kuat dalam bidang Internet.
v Hubungan AS-Rusia Menemui Kebuntuan Baharu 2016-10-10
Dua draf resolusi mengenai krisis di Syria yang digubal masing-masing oleh Perancis dan Sepanyol, serta Rusia gagal diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kelmarin. Ini kali kelima Rusia menveto resolusi mengenai isu Syria setelah konflik tercetus di negara itu. Manakala, resolusi anjuran Rusia pula gagal diluluskan kerana jumlah undi menyokong tidak cukup. Oleh itu, isu Syria sekali lagi menjadi punca utama tercetusnya pertikaian baharu antara Amerika Syarikat (AS) dengan Rusia.
v Perjanjian Paris Belum Tentu Nasibnya di AS 2016-10-07
Tetapi menurut penganalisis AS, bantahan yang semakin kuat daripada Kongres serta perselisihan antara parti pemerintah dengan parti pembangkang akan menjejaskan perjanjian tersebut daripada dilulus di AS.
v Tinjauan Pendapat: 76% Puas Hati Prestasi Duterte 2016-10-07
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dinilai sebagai "amat baik" dalam satu tinjauan pendapat bebas sempena tiga bulan beliau menyandang jawatan pemimpin nombor satu negara itu, berikutan kempen memerangi dadah anjuran beliau yang mengakibatkan lebih 3,000 orang suspek dibunuh serta pelbagai kenyataan kontroversi yang dilemparkan kepada dunia Barat.
v Filipina Sukar Bebaskan Diri daripada Kebergantungan Ketenteraan AS 2016-10-06
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kritikan Amerika Syarikat (AS) ke atas tindakan kerajaannya untuk membanteras pengedaran dan penyalahguanaan dadah serta isu AS menjual senjata kepada Filipina. Beliau berkata, mungkin akan "berpisah" dengan AS dalam tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden.
v Kestabilan Pertumbuhan Ekonomi China Manfaatkan Ekonomi Dunia 2016-10-06
Menurut laporan Prospek Ekonomi Dunia yang diumumkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini, unjuran pertumbuhan ekonomi global tahun ini dan tahun depan dikekalkan. Sementara itu, pertumbuhan ekonomi yang agak pesat entiti ekonomi baharu seperti China dan India telah menjadi tonggak yang kukuh bagi pertumbuhan ekonomi global.
v Lee Hsien Loong: Asia Perlu Susun Semula Selaras Bangkit China 2016-10-05
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini menyatakan, negara-negara di Asia malah seluruh dunia menghadapi satu perubahan yang besar, iaitu kebangkitan China.
v Sinergi Rusia-AS Tamatkan Krisis Syria Digantung 2016-10-05
Kementerian Luar Rusia semalam menyatakan bahawa kedutaan besar negara itu di Syria terkena bedilan meriam baru-baru ini, namun tiada kematian dilaporkan kecuali bangunan di sana mengalami kerosakan. Rusia mengkritik sekeras-kerasnya serangan tersebut sebagai melanggar Undang-undang Antarabangsa, dan menyalahkan perbuatan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya memikat kumpulan pemberontak di Syria bagi mencetuskan suasana huru-hara hingga mengundang pertumpahan darah.
v THAAD Tidak Akan Selesaikan Masalah Nuklear Semenanjung Korea 2016-10-04
Padang glof di Seongju-gun telah ditetapkan Kementerian Pertahanan Korea Selatan sebagai lokasi penemaptan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) baru-baru ini. Namun keputusan tersebut telah mendapat bantahan keras pendudukan tempatan dan sebahagian ahli Parlimen parti pembangkang negara itu.
v China, Myanmar Eratkan Ikatan Pauk-Phaw 2016-10-04
Karnival Pauk-Phaw China-Myanmar ke-16 disambut dengan meriah di bandar Ruili, daerah Dehong, provinsi Yunnan, kawasan sempatan China dan Myanmar, pada 3 Oktober lalu. Ketika menyebut tentang karnival kali pertama yang diadakan di bandar Mang, daerah Dehong, Yunnan pada 60 tahun yang lalu, Naib Ketua Pengarah Institut Pengajian Myanmar Akademi Sains Sosial Provinsi Yunnan, Lei Zhuning masih amat teruja.
prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China