Cari:
• Perhimpunan Menyambut Ulang Tahun ke-50 Pembebasan Tani Hamba Diadakan di Tibet 2009-03-28
Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Tibet China meluluskan resolusi pada Januari lalu untuk menetapkan 28 hb March setiap tahun sebagai Hari Peringatan Pembebasan Tani Hamba Tibet. Hari ini merupakan Hari Peringatan Pembebasan Tani Hamba Tibet pertama.
• Sektor Pelancongan Mendorong Pertumbuhan Ekonomi Tibet 2009-03-27
Wilayah Autonomi Tibet mempunyai sejarah, budaya dan pemandangan alam yang amat unik. Wilayah itu turut menjadi destinasi yang menarik bagi pelancong dari seluruh dunia.
• Kumpulan Pakar tentang Ilmu Tibet China Memperkenalkan Tibet di A.S 2009-03-27
Kumpulan pakar tentang ilmu Tibet China yang diketuai oleh Ketua Pengarah Institut Ilmu Etnik dan Manusia Akademi Sains Sosial China, Encik Hao Shiyuan telah bertukar-tukar pendapat secara terbuka dengan tokoh-tokoh dari pelbagai jabatan kerajaan, Kongres dan media Amerika Syarikat di Washington baru-baru ini.
• Tetamu Asing Menyaksikan Pameran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet 2009-03-26
Lebih 150 orang tetamu asing yang diundang oleh Kementerian Luar China telah menyaksikan "Pameran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet" di Beijing petang semalam, termasuk lebih 60 orang diplomat luar negara ke China dan wakil perbadanan antarabangsa ke China.
• Pembaharuan Demokrasti Menjadikan Penduduk Tibet Sebagai Tuah Sendiri 2009-03-23
Encik Nyima Tsering yang berusia 76 tahun kini menetap di bandar Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet. Pada masa remajanya, beliau bekerja sebagai hamba kepada tuannya sebelum pembaharuan demokrasi dilaksanakan 50 tahun yang lalu.
• Delegasi Wakil NPC Etnik Tibet Lawat A.S. 2009-03-18
Delegasi yang terdiri daripada 5 orang wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dari Wilayah Autonomi Tibet telah mengadakan sidang akhbar di Kedutaan Besar China di A.S. semalam. Mereka memaklumkan perubahan yang berlaku di Tibet sejak pelaksanaan pembaharuan demokrasi sepanjang 50 tahun yang lalu dan pencapaian sosioekonomi wilayah itu pada masa ini.
• Keamanan Merupakan Jaminan Asas bagi Pembangunan Tibet 2009-03-11
Ketika diwawancara oleh wartawan, Pengerusi Wilayah Autonomi Tibet, Qiangba Puncog menyatakan bahawa keadaan Tibet sekarang aman dan tidak ada sebarang masalah yang timbul. Menurut beliau, kejadian ganas mungkin akan menghalang pembangunan Tibet bagi satu tempoh tertentu, tetapi, jika dipandang lebih pembangunan Tibet tidak mungkin dihalang oleh sesiapa pun.
• China Keluarkan Kertas Putih "Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet" 2009-03-02
Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih "Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokratik Tibet" hari ini. Ia merupakan kertas putih ke-8 mengenai isu Tibet yang dikeluarkan oleh kerajaan China.
• Penduduk Tibet Sambut Tahun Baru Kalender Tibet Dengan Meriah 2009-02-25
Hari ini merupakan hari tahun baru mengikut kalender Tibet, iaitu hari kebesaran yang disambut paling meriah oleh lebih 5 juta orang anggota masyarakat etnik tersebut di Tibet. Suasana di Lhasa, ibu kota wilayah itu amat meriah. Istana Potala dihias dengan kain sutera yang cantik. Di Lapangan Longwangtan yang berhampiran dengan istana tersebut, kumpulan opera Tibet mengadakan persembahan kesenian yang menarik.
• Pameran Ulang Tahun Ke-50 Pembaharuan Demokrasi Tibet Dirasmikan 2009-02-24
Pameran ulang tahun ke-50 pembaharuan demokrasi Tibet dirasmikan di Beijing hari ini. Pameran tersebut menunjukkan kejayaan Tibet dalam bidang pembaharuan demokrasi dalam tempoh 50 tahun yang lalu melalui gambar, barang-barang dan dokumen yang berkenaan.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China