Cari:
• Asia Hari Ini: Hasil Lawatan PM ke Malaysia dan Indonesia Cukup Cemerlang (Audio)
Dalam lawatan selama 4 hari, Perdana Menteri Wen Jiabao menghadiri lebih 20 buah aktiviti, menandatangani kira-kira 20 buah perjanjian bilateral yang penting serta kontrak perdagangan yang bernilai kira-kira 13 bilion dolar Amerikan dengan Malaysia dan Indonesia.
• Lawatan Wen Jiabao ke Malaysia dan Indonesia Memperkukuh Persahabatan dan Kerjasama
Lawatan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ke Malaysia dan Indonesia mencapai hasil yang menggalakkan yang menjurus peningkatkan persefahaman dan kerjasama dua hala. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi yang mengiringi Wen Jiabao dalam lawatan tersebut.
• Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China-Malaysia Cerah
Melalui usaha yang berterusan oleh China dan Malaysia, kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara ini dalam pelbagai bidang diyakini dapat mencapai kejayaan yang lebih besar. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika berucap pada Forum Kerjasama Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan China-Malaysia di Kuala Lumpur semalam yang turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.
• Wen Jiabao Berinteraksi dengan Pelajar UM
Perdana Menteri China, Wen Jiabao memulakan lawatan rasmi ke Malaysia semalam. Sejurus tiba di negara tersebut, Wen Jiabao melawat Universiti Malaya di Kuala Lumpur untuk berinteraksi dengan mahasiswa-mahasisiwa di sana. Para mahasisiwa UM memakai pakaian tradisional Melayu dan mengalu-alukan Perdana Menteri China, Wen Jiabao di luar Dewan Tunku Canselor.
• Fokus Global: Lawatan PM Wen Jiabao ke Malaysia (Audio)
Perdana Menteri, Wen Jiabao membuat lawatan rasmi selama dua hari di Malaysia pada 27 dan 28 April 2011. Sejurus tiba, beliau terus menuju ke Universiti Malaya untuk sesi interaski dengan pensyarah dan penuntut universiti itu. Pada keesokan harinya, Perdana Menteri Wen Jiabao telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib.
• Wen Jiabao Mulakan Lawatan Rasmi ke Malaysia dan Indonesia
Perdana Menteri China, Wen Jiabao berlepas dari Beijing pagi tadi untuk memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia dan Indonesia. Dalam tempoh lawatan yang tidak sampai 30 jam di Malaysia, Wen Jiabao akan menghadiri lebih 10 buah aktiviti. Beliau akan mengadakan rundingan dengan Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini menunjukkan betapa China memandang penting hubungan dengan Malaysia.
• Lawatan Wen Jiabao Ke Malaysia dan Indonesia Dijangka Capai Kejayaan
Perdana Menteri China, Wen Jiabao memulakan lawatan rasminya ke Malaysia dan Indonesia hari ini. Semasa ditemubual oleh wartawan kedua-dua negara, beliau berkata, ini merupakan kali pertama beliau melawat Indonesia secara rasmi sebagai PM dan lawatan kali kedua ke Malaysia dalam tempoh 6 tahun lalu.
• Lawatan Wen Jiabao ke Asia Tenggara akan Tingkatkan Persahabatan dan Kerjasama Dua Pihak
Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia mulai 27 hingga 30 April atas undangan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono,. Kementerian Luar China mengadakan sidang media mengenai lawatan tersebut petang semalam.
• Muhyiddin Mahu Mantapkan Hubungan Malaysia-China Melalui Bahasa (Video)
Semangat persahabatan dan persaudaraan yang telah sekian lama dijalinkan antara Malaysia-China perlu terus dipupuk dan diperkukuhkan menerusi kerjasama ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran semasa mengunjungi Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU).
• Lawatan TPM Malaysia ke China Bakal Memacu Kerjasama Dua Hala
Tradisi pertukaran lawatan antara Malaysia dan China akan sekali lagi disambut dengan lawatan Menteri Luar Malaysia, Datuk Sri Anifah Aman dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke China bulan April tahun ini. Demikian dimaklumkan oleh Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Saruddin dalam sidang media menjelang kedua-dua lawatan ini.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China