Cari:
• Pembangunan Semula Kemudahan Perniagaan di Sichuan Siap 2011-05-12
94% pembangunan semula kemudahan perniagaan di provinsi Sichuan yang dilanda gempa bumi 3 tahun lalu siap dibina semula. Menurut Kementerian Perdagangan China, projek pembangunan semula itu menelan kos 14.67 bilion yuan.Kemudahan perniagaan itu didapati lebih baik daripada sebelum gempa berlaku.
• Bekalan Elektrik di Kawasan Bencana Sichuan Dinaik Taraf 2011-05-12
Bekalan elektrik, struktur grid dan peralatan teknikal di kawasan bencana Sichuan dinaik taraf dan adalah lebih baik daripada sebelum gempa bumi berlaku. Ini berikutan siap terbinanya 27 pencawang elektrik dan litar sepanjang 1200 kilometer dengan kapasiti melebihi 35 kilovolt.
• Projek Pembangunan Semula Wenchuan Terima Hadiah Inovasi PBB 2011-05-12
"Projek Pembangunan Rantai Industri Buluh di Kawasan Bencana Sichuan" menerima hadiah bagi kategori "Inovasi Kaedah Pembangunan Semula Pasca Bencana Global".
Jawatankuasa Penganjur Persidangan Pembangunan Semula Pasca Bencana Dunia mengumumkan keputusan pemilihan itu di Geneva.
• Pembangunan Semula Wenchuan Selepas Gempa Dibentangkan 2011-05-11
Pembangunan semula Wenchuan pasca gempa dibentangkan dalam satu sesi oleh Kedutaan Besar China di Singapura semalam. Lebih 140 orang pegawai kerajaan republik itu, wakil dari sektor industri, perdagangan, badan amal dan media turut hadir.
• Hampir 100% Projek Pembangunan Semula di Wenchuan Selesai 2011-05-10
Sehingga kini, 95% projek pembangunan semula di kawasan yang dilanda bencana gempa 3 tahun lalu berjaya diselesaikan. Pelaburannya juga menempati 95% peruntukan yang ditetapkan. Ini menandakan kejayaan pembangunan semula kawasan tersebut.Mu Hong yakin semua kerja pembangunan semula di kawasan bencana akan siap menjelang penghujung September ini.
• Duta Asing Lawat Kawasan Bencana Sichuan 2011-05-10
23 orang duta asing dan wakil pertubuhan antarabangsa melawat kawasan bencana Sichuan semalam untuk meninjau keadaan selepas dilanda gempa bumi pada 12 Mei tahun 2008.
Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Sichuan Parti Komunis China, Liu Qibao menemui delegasi itu dan berterima kasih atas bantuan mereka.
• Wen Jiabao Hargai Pembangunan Semula Sichuan 2011-05-10
Perdana Menteri China, Wen Jiabao melawat kawasan bencana gempa di Sichuan dari 7 hingga 9 Mei lalu. Beliau meninjau kerja-kerja pembangunan semula di provinsi tersebut. Dalam mesyuarat yang dipengerusikannya di bandar Dujiangyan petang semalam, beliau menghargai usaha dan sokongan untuk membangunkan semula kawasan bencana gempa di provinsi Sichuan, Shaanxi dan Gansu.
• Seminar Antarabangsa Mengenai Pembinaan Semula Kawasan Bencana Gempa Bumi Wenchuan Diadakan di Sichuan 2010-09-22
Seminar Antarabangsa Mengenai Pembinaan Semula Kawasan Bencana Gempa Bumi Wenchuan diadakan di Chengdu, Sichuan hari ini.
Pegawai dan pakar dari PBB, pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan serta beberapa negara dan wilayah menghadiri seminar tersebut.
• Pembangunan Semula 1.45 Juta Buah Rumah Penduduk di Kawasan Bencana Gempa Bumi Sichuan Siap Dibina 2010-05-12
Hari ini hari peringatan ulang tahun ke-dua bencana gempa bumi di Wenchuan, Provinsi Sichuan "5• 12". Dalam tempoh dua tahun yang lalu, hasil kerja pembangunan semula di kawasan bencana gempa bumi Sichuan amat berkesan, dengan pembinaan semula lebih 1.45 juta buah rumah petani telah disiapkan.
• China Tingkatkan Pembangunan Pascabencana Gempa Bumi Wenchuan 2009-06-24
Sehingga akhir bulan April lalu, lebih 21,000 projek pembangunan semula pascabencana gempa bumi Wenchuan telah dilaksanakan dan lebih 9,000 projek telah selesai. 36% daripada jumlah peruntukan untuk pembangunan semula itu telah digunakan.
• China Tingkatkan Kerjasama dengan Asia dan Eropah dalam Bidang Mencegah dan Menyelamat Bencana 2009-05-28
China akan meningkatkan kerjasama dengan negara-negara di Asia dan Eropah dalam bidang pencegahan dan penyelamatan bencana. Naib Perdana Menteri China, Hui Liangyu berkata demikian dalam Forum Pembangunan dan Kerjasama Penyelamatan Bencana Asia-Eropah yang diadakan di bandar Chengdu, Sichuan.
• China Berusaha Mengawal Barang Bantuan Bencana Gempa Bumi 2009-05-27
Pelbagai peringkat kerajaan Sichuan berusaha mengawal dan menyelia barang-barang bantuan bencana gempa bumi. Jawatankuasa Pemeriksaan Disiplin daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China semalam mengumumkan, setakat ini, provinsi Sichuan telah menerima peruntukan kerajaan pusat dan wang derma daripada pelbagai lapisan masyarakat sejumlah 139.1 bilion yuan RMB.
• Sektor Pelancongan Sichuan Kembali Rancak 2009-05-23
• Palang Merah Derma 3.98 Bilion untuk Program Pembangunan Semula Pasca Gempa Bumi 2009-05-23
• Hu Jintao Tinjau Kerja-Kerja Pembangunan Semula Pascabencana di Sichuan 2009-05-14
• Penduduk Sichuan Giat Membangunkan Kampung Halaman 2009-05-12
• Projek Pelancongan Terbesar yang Dibina Selepas Gempa Wenchuan Dibuka 2009-01-19
Taman Lembah Riang (Happy Valley) Chengdu yang dibuka semalam merupakan projek pelancongan yang terbesar yang dibina selepas berlakunya bencana gempa Wenchuan. Pembinaannya selama lebih tiga tahun dengan menelan kos 2.5 bilion yuan RMB.
• Institusi dan Orang Perseorangan yang Menyumbang kepada Usaha Tangani Bencana Gempa Wenchuan Dianugerahi Hadiah 2008-12-05
Sebanyak 336 buah institusi dan orang perseorangan yang memberikan sumbangan besar terhadap usaha menangani bencana gempa bumi Wenchuan dan pembangunan semula pasca bencana dianugerahi "Hadiah Amalan China" dalam majlis yang diadakan di Bejing hari ini.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China