Bebola Tepung Puerarialobata Puerarialobata, sejenis tumbuh-tumbuhan, dengan batangnya 6 hingga 10 meter yang meliliti barang lain dan bunganya berwarna ungu. Batangnya dapat dijadikan tali, seratnya dapat digunakan dalam penenunan, dan akarnya dapat diekstrak untuk mendapat kanji. |
Tauhu Tapai Kononnya, maharaja Dinasti Ming, Zhu Yuanzhang melarikan diri ke kaunti Xiuning, Anhui setelah dikalahkan musuhnya dalam satu pertempuran. Kerana lapar sekali, beliau mengarahkan hambanya mencari makanan dan akhirnya mendapat beberapa potongan tauhu yang disembunyikan khalayak ramai dalam rumputan. |
Ikan "Busuk" Kononnya, pada lebih 200 tahun yang lalu, penjual ikan selalu menabur air garam kepada ikan segar yang disimpan dalam tong kayu untuk diangkut ke kawasan pegunungan di Anhui, bagi mengelak daripada ikan itu busuk. Walau bagaimanapun, ikan itu akhirnya sampai ke Tunxi setelah 7 atau 8 hari berlalu. |
Kepala Ikan dan Bebola Kambing Mereneh dengan Sayur-Sayuran Goreng bawang dan halia dengan sedikit minyak, masukkan kepala ikan, lalu ditambah air dan didihkan dengan api besar untuk beberapa ketika. Kemudiannya, masukkan lobak putih dan bebola kambing, dan terus direneh dengan api sederhana sehingga warna sup menjadi putih. |
Isi Ikan Kukus dengan Cendawan 1. Gaul air bawang dan halia serta perisa dengan isi ikan yang sudah dikisar. 2. Kukus cendawan yang telah dicuci, kemudian toskan. 3. Celup cendawan dengan kanji, lalu, balut dengan isi ikan kisar. 4. Akhirnya, kukus hingga masak. |
Ikan Menelan Kambing Masakan Provinsi Anhui yang terkenal ini merupakan ikan yang dimasak dengan daging kambing di dalam perutnya. Kononnya, pada zaman Dinasti Qing, terdapat seorang petani di wilayah Huizhou yang membawa empat ekor kambing untuk menyeberangi sungai dengan menaiki kapal. |
Tauhu Bagongshan Tauhu muncul di China pertama kali pada zaman Dinasti Han, iaitu pada sekitar 2,200 tahun yang lalu. Penemunya ialah Liu An, seorang bangsawan, yang juga cucu kepada Maharaja Liu Bang, pengasas Dinasti Han. Tauhu yang berkualiti tinggi adalah buatan Bagongshang di Kaunti Shou, Provinsi Anhui. |
Udang Goreng Berbentuk Pipa Oleh kerana rupanya mirip Pipa, iaitu sejenis alat muzik tradisional China, dan rasanya sangat unik, iaitu daging di luar rasa garing, manakala, daging di dalamnya agak lembut, masakan ini disukai ramai di sebelah utara Sungai Huai. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |