Cari:
Kerjasama China-ASEAN 2012
2012-11-23 10:33:50 CRI Cetak

8. Pembangunan Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS)

Perdagangan dan Pelaburan

China dengan aktif menyertai dan berusaha menggalakkan pembangunan koridor ekonomi GMS. Dalam Forum Koridor Ekonomi Ke-4 yang diadakan di Mandalay, Myanmar pada 28 Jun lalu, China mengemukakan beberapa cadangan mengenai pembangunan koridor ekonomi itu, antaranya termasuk menggalakkan pembinaan koridor pengangkutan, landasan kereta api pan-Asia, taman perindustrian, kawasan kerjasama merentas sempadan, kemudahan perdagangan dan lebuhraya maklumat untuk mewujudkan kesalinghubungan dalam pelbagai bidang dan mempertingkat kemampuan kerjasama koridor ekonomi itu. China turut menganjurkan seminar bagi pegawai dari negara di Subkawasan Sungai Mekong tentang kemudahan perdagangan pada setengah tahun pertama tahun ini, dan merancang untuk melatih seramai 1,500 orang profesional dari negara-negara tersebut dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Alam Sekitar

China amat mementingkan kerjasama dan pertukaran lawatan dengan negara-negara GMS dalam bidang alam sekitar. China dengan aktif menyertai penyelidikan dan penggubalan dokumen rangka fasa kedua dalam Projek Teras Alam Sekitar, iaitu Rancangan Koridor Kepelbagaian Biologi (CEP-BCI) (2006-2011) serta pelan tindakannya. Pada bulan Mei lalu, pelan tindakan am peringkat kedua projek tersebut telah diluluskan selepas dibahas dalam Mesyuarat Tahunan Kumpulan Kerja Alam Sekitar GMS ke-18 yang diadakan di bandar Jinghong, provinsi Yunnan China. Projek itu telah beroperasi sekarang.

Pengangkutan

Jambatan ketiga, Chiang Khong-Houayxay, yang merentasi sungai Mekong bagi menghubungkan Laos dan Thailand sebagai sebahagian laluan barat Koridor Ekonomi Selatan-Utara (Jalan Raya Kumming-Laos-Bangkok) telah mula dibina pada Februari 2010 dan dijangka siap dibina pada bulan Jun tahun depan. Kos pembinaan jambatan itu dibiayai bersama oleh China dan Thailand. Laluan tengah koridor ekonomi itu (Kumning-Hanoi-Hai Phong) yang sepanjang 407 km berada di wilayah China dan telah dinaiktaraf menjadi lebuh raya. Bagi laluan timur (Kumning-Nanning-Hanoi ) yang sepanjang 1,208 km, 179 km yang terletak di wilayah China juga dinaiktaraf menjadi lebuh raya.

China sentiasa bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam suasana yang mesra. Demi memudahkan lagi pengangkutan kenderaan merentasi sempadan antara China dengan Vietnam, kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian untuk Mengeluarkan Permit bagi Pengangkutan Jalan Antarabangsa di Beijing pada bulan Mei lalu. Menurut perjanjian itu, kedua-dua pihak bersetuju membuka empat laluan bagi pengangkutan awam dan satu untuk pengangkutan barang bagi menghubungkan kedua-dua negara. Laluan tersebut mula beroperasi secara rasmi pada bulan Ogos lalu.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China