Cari:
Kerjasama China-ASEAN 2012
2012-11-23 10:33:50 CRI Cetak

5. Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) dan Penerbangan Awam

Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK)

Pertukaran dan kerjasama antara China dengan ASEAN dalam bidang TIK semakin mantap dan stabil sejak awal tahun ini.

Perkembangan TIK China dan ASEAN, dasar pengawalseliaan serta program kerjasama dalam bidang tersebut telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Pegawai Kanan Telekomunikasi China-ASEAN dan Sidang Meja Bulat Majlis Pengawalseliaan Telekomunikasi China-ASEAN yang masing-masing diadakan pada bulan Mac dan Julai tahun ini.

Kursus latihan teknologi dan aplikasi komunikasi jalur lebar China-ASEAN telah diadakan di Shenzhen pada bulan Januari tahun ini. Pada bulan Jun pula, Seminar Teknologi Informasi Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) China-ASEAN telah diadakan di Lianyungang, provinsi Jiangsu China. Pada bulan September, Simposium Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) China-ASEAN serta Seminar Teknologi dan Aplikasi Teknologi Telekomunikasi Bergerak Wayarles Jalur Lebar China-ASEAN masing-masing diadakan di Nanning dan Beijing.

Badan-badan pentadbir TIK pelbagai negara anggota ASEAN dan perwakilan Sekretariat ASEAN diundang untuk menghadiri kursus latihan teknologi dan aplikasi "Cloud Computing" China-ASEAN dan Simposium Keselamatan Internet China-ASEAN yang diadakan pada tahun ini. Aktiviti-aktiviti tersebut membantu memperkasakan pertukaran pengalaman dan pembinaan keupayaan dalam bidang pembangunan TIK dan keselamatan internet antara kedua-dua pihak.

Penerbangan Awam

Mesyuarat Kumpulan Kerja Pengurusan Penerbangan ke-6 antara Pentabiran Penerbangan Awam China (CAAC) dengan ASEAN yang diadakan pada 10 hingga 14 September tahun ini telah membincangkan pengurusan pengangkutan udara di rantau China dan ASEAN.

Para peserta telah mengadakan rundingan mengenai protokol kedua bagi Perjanjian Pengangkutan Udara China-ASEAN (CAATA) yang berkaitan dengan hak kebebasan penerbangan antara pihak-pihak terlibat.

China merancang mengadakan Seminar Pengurusan Keselamatan Operasi Penerbangan Awam China-ASEAN di provinsi Yunnan pada bulan November tahun ini untuk melatih 20 orang kakitangan profesional dari negara ASEAN dalam bidang pengurusan keselamatan penerbangan. Seminar Penilaian Kapasiti Lapangan Terbang dan Ruang Udara China-ASEAN yang bakal melatih 20 orang kakitangan profesional dalam bidang pengurusan pengangkutan udara pula akan diadakan di Tianjin.

Mesyuarat Pegawai Kanan dan Menteri Pengangkutan China-ASEAN ke-11 akan diadakan di Indonesia pada bulan November 2012. Perwakilan CAAC akan menghadiri mesyuarat tersebut dan melaporkan keadaan kerjasama dan kemajuan terkini dalam bidang penerbangan awam China dengan ASEAN dalam tempoh setahun kebelakangan ini.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China