Cari:
Kerjasama China-ASEAN 2012
2012-11-23 10:33:50 CRI Cetak

2. Perdagangan dan Pelaburan

Jumlah perdagangan China-ASEAN mencecah USD 362.85 bilion pada tahun 2011, meningkat 23.9% berbanding tahun 2010. Setakat ini, ASEAN sudah menjadi rakan perdagangan yang ketiga terbesar, pasaran eksport keempat terbesar dan sumber import kedua terbesar bagi China. China pula menjadi rakan perdagangan yang terbesar bagi ASEAN bagi tempoh tiga tahun berturut-turut. Setakat September 2012, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak mencecah USD 288.89 bilion.

Di samping itu, jumlah pelaburan antara China dengan ASEAN terus meningkat kepada USD 94 bilion setakat September 2012. Sejak tahun 2006, perusahaan China telah membina lima zon kerjasama perdagangan yang seluas 31 km persegi di negara-negara ASEAN termasuk Kemboja, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Setakat Julai 2012, 91 syarikat telah menyuntik sebanyak USD 934 juta ke dalam zon tersebut dan menjana pulangan sebanyak USD 1.45 bilion, serta menyediakan hampir lapan ribu pekerjaan.

Setakat Julai 2012, perusahaan China telah menandatangani kontrak pembinaan yang bernilai USD 134.9 bilion dan menjana perolehan perdagangan sebanyak USD 87 bilion di rantau ASEAN.

Ekspo China-ASEAN Ke-9

Ekspo China-ASEAN Ke-9 diadakan di Nanning, provinsi Guangxi China pada 21 hingga 25 September 2012. Naib Presiden China, Xi Jinping, Presiden Myanmar selaku negara kehormat ekspo tersebut, U Thein Sein, Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Thailand, Kittirat Na-ranong, Perwakilan Khas Presiden Filipina, Mar Roxas, Timbalan Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Bagas Hapsoro dan Ketua Setiausaha Persidangan Pembangunan Perdagangan PBB, Supachai Panitchpakdi menghadiri ekspo tersebut.

Dalam pada itu, Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN ke-9 dan Forum Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) turut diadakan di Nanning. Naib Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang kemuncak tersebut yang bertema "Komunikasi dan Interaksi untuk Menang-menang" dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Bersama mendorong kerjasama yang mendalam dan mewujudkan pembangunan yang mampan". Presiden Myanmar, U Thein Sein turut menghadiri sidang kemuncak tersebut dan menyampaikan ucapan.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China