Cari:
Kerjasama China-ASEAN 2012
2012-11-23 10:33:50 CRI Cetak

10. Pertukaran Kalangan Belia

China merancang untuk mengadakan empat kursus latihan kader muda ASEAN pada tahun 2012 untuk melatih 200 orang kader muda ASEAN. Tiga daripadanya telah pun selesai.

Pada bulan Mei lalu, Program Pertukaran Belia Sungai Lancang – Sungai Mekong ke-8 diadakan di China, Thailand dan Kemboja. Seramai 68 wakil dari enam negara GMS, termasuk 11 orang dari China menyertai program tersebut. Program ini telah diadakan sebanyak lapan kali setakat ini, dengan melibatkan 519 orang pemuda.

Selain itu, China bakal mengadakan "Kem Belia China-ASEAN ke-7" pada bulan November dan menjemput seramai 100 pemuda dari sepuluh negara ASEAN untuk melawat ke China.

Selain itu, China juga telah berjaya mengadakan "Kem Pelajar China-ASEAN" dan "Jambatan Bahasa Mandarin" dan lain-lain program untuk menggalakkan institusi pengajian tinggi di provinsi dan wilayah yang bersempadan dengan ASEAN untuk mengadakan pertukaran seumpama ini dengan jiran-jiran mereka. Hampir 1000 belia ASEAN melawat ke China setiap tahun. Program itu berjaya menyemai dan memperkukuh persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China