9. Pengurangan Kemiskinan dan Pembangunan Masyarakat
Pada 26 hingga 27 September 2012, Forum Pembangunan Masyarakat dan Pembanterasan Kemiskinan China-ASEAN ke-6 yang bertemakan "China dan ASEAN – Pembangunan Inklusif dan Pembasmian Kemiskinan" telah diadakan di Guangxi.
Pada 13 hingga 15 September, Mesyuarat Pegawai Kanan Kebajikan dan Pembangunan Sosial China-ASEAN ke-7 diadakan di Hanoi dengan tema "Menggalakkan Jaminan dan Kebajikan Masyarakat bagi Golongan Kurang Kemampuan".
Pada tahun ini, China juga akan mengadakan seminar China-ASEAN mengenai perkongsian produk maklumat ruangan dalam bidang pengurangan risiko bencana, dan bekerjasama dengan Sekretariat ASEAN untuk mengadakan seminar peringkat tinggi China-ASEAN tentang penstandardan perkhidmatan awam bagi jaminan sosial. Para peserta akan diberi peluang untuk berbincang mengenai model dan operasi perkhidmatan awam jaminan sosial.