Tentera udara Thailand lewat mengumumkan data radarnya selepas kehilangan pesawat MH370 kerana Malaysia tidak pernah meminta Thailand berkongsi data radarnya. Demikian kata Naib Panglima Tentara Udara Thailand, Montol Suchookorn semalam.
Menurut beliau, radar tentera Thailand di provinsi Surat Thani mengesan isyarat sebuah pesawat penumpang terbang sekitar pukul 1.28 pagi 8 Mac lalu, pada laluan bertentangan sepatutnya dilalui pesawat MH370. Namun, isyarat itu tidak stabil.
Beliau menegaskan, pihaknya hanya memerhatikan sebarang perkara yang memberi ancaman kepada Thailand. Pada masa itu, pesawat MH370 tidak pernah memasuki ruang udara Thailand, Thailand tidak akan mengambil sebarang tindakan walaupun mengesan isyarat berkenaan.