Presiden China, Xi Jinping bersama-sama dengan pemimpin pelbagai negara melawat dewan pameran Ekspo Perdagangan Antarabangsa China (CIIE) pertama di Shanghai semalam.
Lawatan bermula dengan kunjungan ke dewan pameran komprehensif perdagangan dan pelaburan negara, disusuli pameran Hungary, Mesir, Britain, Republik Czech, Kenya, El Salvador, Republik Dominica, Laos, Georgia, Vietnam, Pakistan, Rusia dan sebagainya.
Dewan pameran komprehensif perdagangan dan pelaburan negara seluas 30,000 meter persegi ialah kompenen penting CIIE. Sebanyak 82 negara dan 3 pertubuhan antarabangsa membuka gerai pameran di situ.