Sejak Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama dirasmikan di Shanghai pada 5 November lalu, media Barat bertalu-talu menumpukan perhatian terhadap temasya ini, memuji keazaman dan langkah China untuk memperluas keterbukaan dan menganggap pasaran China yang terbuka membawa peluang baharu kepada pelbagai negara.
Akhbar 'Milano Finanza' Itali terutamanya melaporkan lima langkah yang diumumkan Presiden China, Xi Jinping untuk memperluas keterbukaan dan menggalakan pengimportan. Wartawan akhbar itu telah membuat temu bual dengan pakar berkenaan dan melaporkan bahawa dari segi undang-undang, ucapan Presiden Xi bukan sahaja menunjukkan sikap China untuk meneruskan keterbukaan, bahkan memastikan keterbukaan berkenaan pada masa depan dari segi sistem.
Pengerusi Persatuan Penerangan Portugal, João Moares de Palmeiro telah mendengar ucaptama Presiden Xi pada majlis perasmian CIIE. Beliau menganggap bahawa dalam konteks situasi antarabangsa yang rumit dan sering berubah serta unilateralisma bangkit semula, ucapan Presiden Xi mengeluarkan isyarat yang mustahak untuk terus membuka pintu dan kerjasama dengan negara lain. China melalui pengalamannya dan tindakan sebenar membuktikan bahawa batu asas pembangunan dunia pada masa depan adalah keterbukaan dan perdagangan bebas.