CIIE Ditutup dengan Penandatanganan Kontrak Bernilai USD 57.8 Bilion

2018-11-11 14:36:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123694686_15418651342041n

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama berakhir dengan jayanya di Shanghai semalam. Menurut maklumat kerajaan, CIIE telah menarik penyertaan 172 buah negara, kawasan dan pertubuhan antarabangsa. Terdapat 400 ribu pembeli dari dalam dan luar China telah mengadakan rundingan perniagaan dan mencapai kontrak yang bernilai USD57.83 bilion (RM242 bilion).

Naib Ketua Biro CIIE, Sun Chenghai menyatakan bahawa terdapat lebih 3,600 syarikat menyertai CIIE yang terbukti membuahkan hasil yang cemerlang dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Menurut statistik awal, Temasya itu juga menyaksikan pelancaran perdana lebih 570 buah produk, teknologi baharu atau perkhidmatan di tanah besar China bahkan seluruh dunia.

Selain itu, kerja pendaftaran bagi CIIE kedua sudahpun bermula. Setakat ini, terdapat lebih 200 buah syarikat yang memeterai perjanjian penglibatan dalam CIIE kedua yang dijangka diadakan pada 5 hingga 10 November tahun depan. 

图片默认标题_fororder_1123694686_15418651343591n

曹捷