Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama selama enam hari menutup tirai dengan jayanya di Shanghai pada 10 November, dengan pemeteraian kontrak bernilai USD57.83 bilion (RM242 bilion).
CIIE, langkah penting China bagi memperluas keterbukaan pasaran kepada dunia, juga menunjukkan bahawa globalisasi ekonomi telah menjadi hala tuju perkembangan dan arus sezaman, sementara kerjasama yang terbuka adalah penggerak utama bagi mendinamikkan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Isyarat positif yang dikeluarkan CIIE akan memberi limpahan manfaat kepada seluruh dunia dalam jangka panjang.
CIIE yang bertujuan untuk menggalakkan keterbukaan dan perdagangan bebas serta memacu pertumbuhan ekonomi global, dijadikan satu platform baharu bagi kerjasama yang terbuka.
Presiden Xi Jinping dalam ucaptama pada perasmian CIIE kali ini telah menyebut keterbukaan sebanyak 52 kali, membuktikan tekad China untuk mempercepat proses globalisasi ekonomi.