Pasukan tentera diseru memperkukuh keyakinan dan mengatasi kesukaran serta mendorong pelbagai tugas setelah berjaya mencegah dan mengawal wabak, agar mewujudkan matlamat pembangunan pertahanan dan tentera pada tahun ini.
Demikian ditegaskan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Xi Jinping ketika mengikut perbincangan dengan wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari Tentera Pembebasan Rakyat dan Pasukan Polis Bersenjata semalam.
Xi berkata, perjuangan melawan wabak dipandang sebagai satu ujian dan tuntutan terhadap pembaharuan melibatkan pertahanan dan tentera.
Tambah beliau, 2020 tahun terakhir bagi Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-13. China akan mengambil langkah baharu yang tidak pernah disaksikan dahulu, sambil mengatasi kesan wabak dan memperhebat kemampuan strategik.