Zhang Ka (kiri, belakang) dan rakan-rakannya di studio.
Zhang Ka, penjual benang sayat di platform e-dagang Tmall tidak menyangka jumlah nilai jualannya meningkat 20 kali ganda selepas menggunakan medium penyiaran langsung dalam talian sejak tahun 2018.
Studio Zhang dianggotai oleh 6 orang yang purata umurnya lebih kurang 50 tahun membuat penyiaran langsung mengenai pakaian tersebut sekurang-kurang 12 jam sehari dan menarik 30 ribu penonton setiap kali ke udara. Kemuncaknya, ketika wabak COVID-19 berlaku di China, jumlah jualan kedai itu juga melonjak dengan jumlah jualan mencatat RMB10 juta (RM6.1 juta) dalam tempoh setengah tahun pertama ini. Pendapatan mereka dijangka akan mencecah RMB20 juta pada tahun ini.
Untuk rekod, Kementerian Sumber Tenaga dan Jaminan Sosial China mengumumkan bahawa antara 10 pekerjaan baharu yang disenaraikan adalah penjual dalam talian.
Menurut Laporan Ekonomi Baharu Penyiaran Alibaba 2020, 20% peneraju merupakan golongan yang dilahirkan 1960-an dan 1970-an.