Salji yang turun dengan lebat di kawasan pergunungan Wawu, bandar Meishan, provinsi Sichuan baru-baru ini menghasilkan pemandangan salji yang amat menakjubkan, sehingga menjadikan Gunung Wawu pilihan hangat bagi mereka yang berminat pada ais dan salji dan bersiap melancong.
Gunung Wawu yang terletak pada ketinggian 2,830 meter dari paras laut, mempunyai kadar litupan hutan setinggi 98%, dan tempoh masa dilitupi salji di situ biasanya berlanjutan dari permulaan musim sejuk sehingga bulan Mac atau April tahun berikutnya.