Hati-hati Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan Sokongan AS

2021-05-28 13:15:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_src=http-%2F%2Fphotocdn.sohu.com%2F20160327%2FImg442331691&refer=http-%2F%2Fphotocdn.sohu

Hati-hati, itu yang Satria nak pesan kepada rakan-rakan semua. Kenapa? Satria lihat ramai kawan aktif menyertai aktiviti berbentuk kemasyarakatan. Tapi, sekarang terdapat kebarangkalian yang ia sebenarnya didalangi oleh Amerika Syarikat untuk menjejaskan keselamatan negara.

Baru-baru ini, program subsidi berskala kecil yang diumumkan oleh Kedutaan Besar AS di China menarik tumpuan ramai.Kononnya menurut mereka, kalau bentuk perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan pemikir atau institut pengajian bersedia menganjurkan aktiviti mempromosi sosiobudaya, sejarah dan tata nilai AS, boleh mendapat subsidi sebanyak USD30 ribu dari kerajaan AS.

Program ini telah berlarutan belasan tahun di China, juga diadakan di pelbagai negara yang lain.Fungsinya jelas iaitu memujuk rakyat di negara lain menjunjung tinggi tata nilai AS, menghancurkan moral, adat resam dan tata nilai tempatan.

Ambil contoh, menyokong LGBT kini telah menjadi “pembaikan politik” di AS kerana kumpulan itu mampu mempengaruhi kempen pilihan raya.Tapi di pelbagai negara lain, khususnya negara-negara Islam, LGBT tidak bersesuaian dengan tata nilai tempatan yang berasal dari tamadun dan sejarah sendiri.Bagaimanapun, kita boleh lihat pada beberapa tahun ini di dunia Islam seperti Arab Saudi turut berlaku kempen menyokong LGBT.

Biasanya, ia akan bermula dari hashtag hangat dalam platform media sosial milik AS, dan secara beransur-asnur menjadi tunjuk perasaan yang memberi tekanan kepada kerajaan.Di belakangnya pula adalah jelas sokongan dari pelbagai tabung atau program didalangi oleh kerajaan AS.

Bahkan dalam pelbagai bidang yang mudah diterima oleh semua negara, termasuk perlindungan alam sekitar, hak wanita, perlindungan haiwan kecil dan lain-lain, para vlogger yang berpengikut ramai dan pakar dalam bidang tertentu berkemungkinan telah mendapat subsidi dari AS.

Semua pun sedar bahawa kerajaan AS bukan dermawan yang sukarela menyokong aktiviti masyarakat di negara lain.Semuanya ada agendanya sendiri.

Ketika ada kejadian berlaku dalam apa jua bidang, AS mampu menggunakannya untuk menjejaskan kewibawaan kerajaan tempatan dan mengurangan rasa percaya rakyat terhadap kerajaan.

Misalnya, The Guardian pernah melaporkan bahawa kerajaan AS menyediakan beberapa bintang muzik di Amerika Latin untuk mempopularkan Hip-Hop di Cuba.Setelah mereka telah mempunyai penggemar cukup ramai, para pemuzik tersebut disuruh menggunakan Pesta Muzik Havana untuk menghasut penggemar muzik mengadakan tunjuk perasaan anti-kerajaan.

Setelah pihak kerajaan Cuba bertindak untuk menyiasat kes tersebut, beberapa pemuzik yang mendapat subsidi dari kerajaan AS segera melarikan diri ke luar negara.

Setiap orang mendapat subsidi USD 30 ribu saja, ini bukan dana yang cukup besar mampu menimbulkan kewaspadaan individu, pertubuhan masyarakat bahkan kerajaan tempatan.Tapi, dalam konteks yang lebih besar, ia juga mampu memainkan peranan besar untuk menjayakan agenda AS.

Tentulah ini bukan semua yang diperuntukan oleh AS untuk mempengaruhi masyarakat lain. NED, USAID, semuanya ada dana masing-masing untuk menggalakkan agenda yang sama.Baru-baru ini Suruhanjaya Ehwal Luar Senat AS khusus mengesahkan peruntukan sebanyak USD300 juta untuk menghitamkan China supaya mengurangkan daya saing China bagi AS.

Majalah "Newsweek" baru-baru ini mendedahkan dari tentera AS terdapat pasukan rahsiah terdiri daripada kira-kira 60 ribu orang. Mereka menggunakan indentiti palsu bergerak di seluruh dunia, termasuk dunia siber tanpa kawalan jabatan umum kerajaan. Tumpuan mereka sedang beralih kepada timur pada beberapa tahun ini.

Kawan-kawan di Asia Tenggara, khususnya kaum belia juga perlu berhati-hati, khususnya mengikuti pelbagai topik hangat di platform media sosial milik AS.Kadang-kadang ia nampaknya aktiviti masyarakat saja, tapi sebenarnya didalangi pihak tertentu untuk menjejaskan keselamatan negara.

张弘