WHO Adakan Penyelidikan Punca COVID-19 di Itali

2021-06-03 14:22:38  CRI
Share with:

WHO Adakan Penyelidikan Punca COVID-19 di Itali_fororder_src=http-%2F%2Fn.sinaimg.cn%2Fsinakd202163s%2F200%2Fw640h360%2F20210603%2F3d22-kracxep7370612&refer=http-%2F%2Fn.sinaimg

Ketua Pengarah Institut Pengajian Tumor Itali di Milan, Giovanni Apolone dalam satu sidang media memberitahu bahawa WHO meminta untuk mengadakan pemeriksaan semula terhadap sampel darah yang didapati mempunyai antibodi COVID-19 pada bulan September tahun 2019.

Apolone turut memaklumkan pihaknya bersetuju untuk memberikan kerjasama mengikut permintaan tersebut.

Untuk rekod, Institut Pengajian Tumor Itali telah memeriksa 959 sampel darah sukarelawan yang menyertai ujian kanser paru-paru pada September 2019 hingga Mac 2020.

Daripada jumlah tersebut, didapati bahawa seramai 111 sukarelawan mengandungi antibodi COVID-19.

Atau dengan erti kata lain, kesemua mereka mungkin telah terjangkit pada September 2019, iaitu lebih awal berbanding kes pertama dilaporkan di negara itu.

Bagi Satria, inilah penyelidikan yang sepatutnya dilaksanakan untuk menyiasat punca COVID-19, iaitu penyelidikan lebih luas di dunia.

Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr. Micheal Ryan baru-baru ini mengecamn bahawa “penyelidikan punca COVID-19 telah dipolitikkan”.

Beliau menyatakan bahawa semakin banyak media membincangkan punca COVID-19 pada mutakhir ini, tapi jarang meletakkan fakta atau bahan-bahan baharu sambil turut menyatakan kebimbangan beliau akan situasi tersebut.

Satria amat menghargai WHO tidak endah gangguan yang mereka terima ketika melaksanakan penyelidikan menghadapi tekanan besar.

Kes COVID-19 yang lebih awal daripada kes pertama dilaporkan di China pada bulan Disember 2019 telah banyak didapati di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat.

Tapi hanya China bekerjasama dengan WHO menamatkan penyelidikan punca COVID-19.

Penyelidikan terhadap sampel di Itali merupakan permulaan baik bagi penyelidikan selanjutnya.

Dan, kerajaan Biden yang kini mewarisi dasar Trump iaitu mengada-adakan konspirasi “makmal bocor” pun sepatutnya membuka Fort Detrick kepada pakar WHO untuk membantu penyelidikan punca COVID-19.

Ramai tahu bahawa dalam Fort Detrick, terdapat pelbagai makmal rahsia, termasuk makmal P4 mengenai penyakit jangkitan dari angkatan tentera darat AS (USAMRIID) dan banyak kejadian kebocoran virus pernah berlaku di Fort Detrick.

Pada bulan Julai tahun 2019, Fort Detrick tiba-tiba ditutup atas sebab berlakunya “kejadian tertentu”.

Selepas itu wabak mirip “flu” tercetus di negara itu, termasuk apa yang dikatakan “pneumonia vaping”.

Yang menghairankan ialah, setelah kes COVID-19 dikesan, pelbagai “flu” dan “pneumonia vaping” hilang di negara itu.

Joe Biden memberikan misi penyelidikan punca COVID-19 kepada jabatan perisikan dan bukan saintis, yang benar-benar memang berniat jahat.

Kalau nak terus ikut nada Donald Trump iaitu dengan menunggang perkataan konspirasi, Satria cadang mereka supaya menjelaskan tentang kemungkinan kebocoran di Fort Detrick terlebih dahulu.

Profesor Dominic Dwyer, anggota pasukan pakar antarabangsa WHO yang menyiasat punca COVID-19, yang juga pakar dari Universiti Sydney menyatakan secara terus terang bahawa apa yang diperlukan oleh Biden sama sekali bukan laporan penyelidkan punca COVID-19, iaitu laporan yang hanya memuaskan agenda politiknya.

Jelasnya, pihak AS tiada apa jua bukti untuk menyokong konspirasinya.

Sebagai negara sekutu yang paling rapat bagi AS, Britain berkongsi maklumat perisikan dengan AS.

Tapi Perdana Menteri Britian Boris Johnson baru-baru ini menyatakan kepada media bahawa bukti yang disaksikannya tidak menyokong COVID-19 kebocoran makmal.

Jadi, sama-sama kita tunggu dan lihat apa “bukti” akan dicipta oleh jabatan perisikan AS dalam 90 hari nanti (atau mungkin kurang sebab Satria tengok mereka makin pantas buat “kerja”).

张弘