Pengalaman China Boleh Membantu dalam Pembasmian Kemiskinan Negara Lain

2021-07-09 16:28:35  CRI
Share with:

Pengalaman China Boleh Membantu dalam Pembasmian Kemiskinan Negara Lain_fororder_src=http-%2F%2Fnews.yunnan.cn%2Fpic%2F003%2F039%2F842%2F00303984233_477daf03&refer=http-%2F%2Fnews.yunnan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan menyasarkan untuk menghapuskan kemiskinan seperti kejayaan China mengeluarkan 100 juta rakyatnya daripada kemiskinan pada Februari lalu.

Amat gembira mendengar pembasmian kemiskinan di China diiktiraf oleh Tok Pa.

Satria berpeluang bertemu dengan beliau di Beijing ketika beliau menjadi Menteri MITI.

Mungkin juga dengan pengalaman itu, beliau memahami keadaan kemiskinan di China dulu dan kaedah China membantu mereka keluar dari keadaan miskin.

Seperti Jeli di kawasan Tok Pa, kemiskian banyak berlaku di kawasan terpencil dan kaum minoriti.

Di China, kawasan miskin dulu pula termasuk Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Wilayah Autonomi Tibet, Guizhou, Sichuan yang berada di dataran tinggi atau pegunungan.

Seperti strategi yang telah diperkenalkan beliau di Jeli, kerajaan China juga menggalakkan banyak projek dengan kemampuan menjana pendapatan penduduk tempatan, termasuk etnik minoriti.

Sehingga kini, usaha tersebut tidak berhenti meskipun sasaran pembasmian kemiskinan di China telah tercapai.

Lebuh raya dari Beijing ke Urumuqi Xinjiang sepanjang 2,540 kilometer siap dibina baru-baru ini, menjadikannya lebuh raya merentasi padang pasir yang paling panjang di dunia, dan ia dijangka akan menarik ramai pelancong yang gemar menggunakan lebuh raya.

Yang lebih penting, ia akan mendekatakan laluan yang sedia ada sebanyak lebih 1300 kilometer, sekali gus membantu merangsang pembangunan ekonomi, khususnya di Xinjiang.

Pada lebih 100 tahun yang lalu, Amerika Syarikat membina Route 66 yang digelarkan “jalan ibunda” bagi AS susulan statusnya yang menyediakan banyak peluang kerja baharu serta merangsang pembangunan ekonomi  

Lebuh raya Beijing-Urumuqi juga bukan sahaja membantu produk dari Xinjiang lebih cepat memasuki pasaran seluruh negara, bahkan turut membantu Xinjiang menjadi hab penting dalam Jalur Ekonomi Jalan Sutera dari Beijing ke Eropah.

Pada masa yang sama, landasan kereta api laju dari Lhasa ke Linzhi dirasmikan. Landasan di dataran Tibet ini bermakna kerata api laju China kini telah beroperasi di semua provinsi di negara ini.

Ini meningkatkan daya tarikan pelancongan Tibet bagi para pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dengan menaiki kereta api laju yang dilengkapi jaringan 5G.

Kalau anda nak tahu, landasan ini juga mempu menyediakan kapasiti pengangkutan barangan sebanyak 10 juta tan setahun!.

47 terowong di pergunungan dan 121 buah jambatan menyeberangi ngarai dibina untuk landasan kereta api laju sepanjang 435 kilometer ini.

Benar, peruntukannya memang besar, tapi kalau melihat dari segi jangka panjang, faedah yang dibawa kepada ekonomi dan penduduk tempatan jauh lebih besar.

Kalau nak jadi kaya, kita perlu bina jalan dulu. Ini pengalaman yang amat penting dalam pembasmian kemiskinan di China.

Besar harapan Satria agar pengalaman ini dapat dikongsi dan diguna dalam membantu Malaysia dan pelbagai negara lain untuk meningkatkan kehidupan rakyat, khususnya kaum minoriti di kawasan terpencil.

张弘