Wuhan Kontol atau Wuhan Kontrol

2021-08-11 16:23:43  CRI
Share with:

Wuhan Kontol atau Wuhan Kontrol_fororder_src=http-%2F%2Fm.xinhuanet.com%2Fhb%2F2020-01%2F13%2F1125456743_15789068598991n&refer=http-%2F%2Fm.xinhuanet

Baru-baru ini di bawah hantaran Satria mendapati komen “Wuhan Kontol”. Satria tak begitu fasih dengan bahasa Indonesia, jadi Satria tercari-cari juga apa maksudnya.

Akhirnya Satria dapati ini sebenarnya lagu dari penyanyi rap Indonesia, Lil Mamat yang mengatakan bahawa Wuhan adalah punca kepada mereka susah makan, susah merokok dan tiada wang ekoran pandemik.

Jadi, jawapan dari Satria ialah, bukan “Wuhan Kontol”, tapi “Wuhan Kontrol”!

Satria amat memahamai kesengsaraan kawan-kawan di Asia Tenggara ekoran pendemik dan kawalan wabak.

Setiap hari terdapat puluhan ribu orang terjangkit, nyawa dan kesihatan setiap orang menghadapi ancaman.

Pada masa yang sama, kawalan wabak yang berlarutan dan nampaknya tidak berkesan pula banyak menjejaskan rezeki.

Mereka bersasa bimbang dan marah, tiada harapan.

Pada masa ini, lagu seperti “Wuhan Kontol” atau berita palsu yang menghitamkan China tampak seperti menyediakan satu kambing hitam kepada mereka untuk katarsis atau berasa lega.

Bagaimanapun, ini sebenarnya apa yang dimahukan oleh agenda politikus AS yang begitu berusaha mengalihkan tumpuan domestik dengan menghitamkan China.

Sedar atau tidak, Lil Mamat dan kawan-kawan yang terpengaruh oleh lagu tersebut telah menjadi subahat AS.

Benar, Wuhan menjadi tumpuan dunia pada awal tahun 2020. Tapi sehingga kini masih belum diputuskan bahawa pandemik tercetus dari mana dan penyelidikan punca COVID-19 WHO telah dua kali diadakan di Wuhan.

Ia sepatutnya tidak terhenti di Wuhan dan perlu diteruskan ke seluruh dunia yang telah mendapati kes-kes lebih awal.

Wuhan menjadi terkenal sebenarnya kerana doktor dan pakar di sana yang pertama di dunia menyedari ada sejenis koronavirus baharu tersebar dan segera melaksanakan kawalan wabak yang paling ketat termasuk kawalan pergerakan secara penyeluruh, membina belasan hospital sementara untuk menempatkan pesakit simptom ringan, membebaskan kapasiti hospital profesional untuk menguruskan pesakit simptom teruk, menghantar lebih 4000 doktor dari seluruh negara ke Wuhan dan bandar-bandar setikarnya untuk mencukupi tenaga perubatan.

Akhirnya wabak di Wuhan “kontrol” atau terkawal dalam tempoh dua tiga bulan saja dan hingga sekarang tiada wabak besar-besaran tercetus lagi.

Sumbangan Wuhan bukan hanya memberi amaran, malah turut berkongsikan pengalaman kawalan COVID-19 kepada China dan dunia.

Model yang digunakan Wuhan kemudiannya berulang kali digunakan China ketika mengendalikan penularan baharu di bandar-bandar lain, termasuki juga varian Delta kali ini di bandar Nanjing, Zhengzhou, Yangzhou dan Zhangjiajie.

Ambil Zhengzhou sebagai contoh, sebab ibu bapa mertua Satria berada di sana dan telah mengalami wabak ekoran varian delta kali ini.

Setelah ada kes baharu didapati, kawalan pergerakan akan dilaksanakan dengan skala yang kecil, bermula dari satu komuniti penduduk atau satu daerah.

Semua penduduk dalam kawasan kawalan pergerakan diadakan pemeriksaan COVID-19 sebanyak enam kali dalam tempoh kuarantin dua minggu, supaya semua kes baharu segera dikesan dan dirawat secara profesional.

Skala kawalan pergerakan diubahsuaikan mengikut keputusan pemeriksaan COVID-19.

Pada masa yang sama, penyelidikan epidemik dilaksanakan untuk mengenal pasti individu yang berkontak rapat dengan pesakit dan individu yang berkontak lagi dengan mereka untuk melaksanakan pemantauan perubatan.

Biasanya dengan modal ini, rantaian penularan diputuskan dalam penambahan kes baharu menjadi sifar lagi dalam tempoh sebulan.

Yang menyedihkan, dalam dialog Satria dengan kawan itu dari Indonesia, beliau jelas tidak yakin bahawa wabak di Wuhan telah “kontrol” dan suruh Satria kalau begitu pindah ke Wuhan saja.

Hakikatnya adalah, dalam cuti 1 Mei lalu, pelancong yang melawat Wuhan mencatat 2.7 juta, meningkat 25% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019, iaitu sebelum pandemik.

Keberanian Wuhan dalam perjuangan melawan COVID-19 menjadikan bandar ini antara destinasi pelancongan paling hangat dan kalau ada masa dan peluang, Satria mesti akan menbawa anak melawat Wuhan untuk menyampaikan penghormatan kepada setiap penduduk di sana.

张弘