Kerajaan China Hadkan Waktu Permainan Dalam Talian Untuk Kanak-kanak

2021-09-02 16:53:20  CRI
Share with:

Kerajaan China Hadkan Waktu Permainan Dalam Talian Untuk Kanak-kanak_fororder_1020471591

Satria suka membawa anak berjalan-jalan di kedai membeli-belah. Tapi, Satria sering lihat situasi pasangan muda terutamanya yang membawa anak masing-masing, dan tangan kanak-kanak mereka pula tak lekang dengan telefon pintar bermain permainan.

Apatah lagi ketika makan di restoran, bagi mengelakkan anak tidak menganggu ibu bapa, masing-masing diberi ‘autoriti’ penuh untuk bermain telefon pintar.

Benar, penting untuk anak-anak untuk celik dalam penggunaan telefon pintar lebih-lebih lagii pada masa ini.

Tapi, perlu juga kita sedar bahawa membiarkan kanak-kanak main permainan telefon semata-mata untuk mengelakkan gangguan adalah berlainan sama sekali.

Satria secara ketat mengawal penggunaan telefon pintar anak.

Dalam telefon pintarnya tiada permainan. Kalau ia nak main permainan, saya lebih senang main PS4 atau Switch bersamanya. Ini membantu mengeratkan hubungan kami atau Satria panggil ia sebagai ‘bonding session’, sekali gus dapat mengawal waktu permainannya.

Baru-baru ini, kerajaan China mengeluarkan peraturan bahawa perkhidmatan permainan telefon atau dalam talian dihadkan selama tiga jam sahaja untuk tiga hari mulai Jumaat malam, Sabtu dan Ahad, dan setiap sesi hanya dibenarkan sejam maksimum.

Dasar ini menimbulkan respons hangat di masyarakat China.

Ada yang menyokong sebab lama memainkan permainan telefon telah membawa banyak masalah, khususnya bagi kanak-kanak yang belum dewasa.

Kesihatan mata mungkin salah satu faktor sahaja.

Kini, permainan telefon kebanyakannya boleh dimuat turun secara percuma, tapi ia menggalakkan para pengguna terus membayar antaranya untuk membeli pakaian yang lebih cantik, senjata yang lebih hebat atau teknik yang lebih maju dan lain-lain untuk tidak ketinggalan.

Satria penggemar “Dragon Ball” ketika masih kecil.

Pada tiga tahun yang lalu, Satria pernah ternampak ada permainan “Dragon Ball” di AppStore dan Satria pun memuat turun untuk cuba.

Dalam tempoh setahun, secara amat terkawal, Satria pun beransur-ansur membayar lebih RM 1,000 dalam permainan.

Dalam tempoh itu juga, anak Satria juga pernah ‘menegur’ Satria dan katanya telefon melekat di tangan bapanya, hingga tiada waktu untuk menemaninya.

Ibarat ditampar oleh si kecil, Satria membuat keputusasn bahawa meninggalkan permainan tersebut dan tidak mahu mencuba apa jua permainan telefon lagi.

Dengan pengalaman ini, Satria memang menyokong peraturan tersebut.

Tapi juga ada pandangan bahawa perkembangan pasaran permainan telefon patut ditentukan oleh pasaran, tak patut disekat oleh dasar kerajaan.

Bagi Satria, betul akan ada masalah dari segi pasaran permainan telefon, tapi dalam konteks yang lebih besar, ia telah menimbulkan banyak masalah sosial.

Misalnya kanak-kanak yang tiada pendapatan, pastinya setiap pembayaran mereka dalam permainan akan menggunakan e-bayar kad bank ibu bapa.

Sudah terdapat banyak laporan seperti ibu bapa mendapati bil bulanan dari bank terdapat sejumlah besar bayaran yang tak tahu untuk apa.

Setelah diperiksa, baru tahu ia digunakan oleh anak untuk permainan telefon dan jumlah ini kadang-kadang mencatat puluhan ribu yuan!

Bulan lalu Satria membawa anak melawat satu muzium, kelihatan juga terdapat sekumpulan pelajar datang dengan anjuran sekolah. Tapi setelah masuk muzium, mereka sama sekali tidak berminat terhadap apa yang dipamerkan, sebaliknya mengeluarkan telefon pintar dan bersama-sama main permainan saja.

Bagi kanak-kanak, daya tarikan dari permainan susah terkawal. Sekatan dari kerajaan dilahat amat diperlukan.

Bagaimanapun Satria juga membaca sebahagian media Barat yang turut memberi tumpuan kepada peraturan ini dan menyampaikan pandangan yang membimbangkan.

Kononnya ini akan menghancurkan syarikat permainan elektronik bahkan sukan elektronik di China.

Industri permainan elektronik memang satu pasaran yang besar.

Ketika Satria masih kecil, syarikat permainan elektronik yang terkenal termasuk Sony, Nintendo, Sega yang mengeluarkan mesin permainan elektronik. Seterusnya EA, Blizzard, Ubisoft membangkit seiring dengan perkembangan permainan komputer.

Bagaimanapun, pada zaman permainan telefon pintar, yang menduduki johan dalam bidang ini adalah syarikat Tencent China.

Pada suku pertama tahun 2021, pendapatan industri permainan telefon syarikat Tencet mencatat RMB43.6 bilion!

Bagaimanapun pendapatan dari pengguna belum dewasa hanya menduduki 2.6% saja. Dari segi ini, peraturan yang dikeluarkan kali ini tidak banyak mengganggu syarikat permainan telefon di China.

Tentang sukan elektronik, pakar yang diwawancara oleh media Barat berpendapat altet yang berbakat patut melatih secara kecil, peraturan ini mungkin membawa pengaruh terhadap mereka.

Eh, dulu ketika Quan Hongchan yang umur 14 tahun memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo, bukankan media Barat mendakwa tak boleh menyediakan latihan kepada altet yang terlalu muda?

Ketika Sukan Olimpik diadakan, pengalaman sengsara beberapa atlet yang dulu pernah mencapai kejayaan tertinggi pula menarik tumpuan ramai. Ini kerana mereka tiada kemampuan yang lain, setelah bersara memang akan menghadapi siutasi yang susah.

Keadaan ini sebenarnya lebih serius dalam bidang sukan elektronik di China.

Ambil contoh pasukan RNG yang pernah 4 kali memenangi johan dunia. Anggotanya kebanyakan lulusan sekolah menengah saja. Ketua pasukan tersebut Uzi juga lulusan sekolah menengah atas saja. Apa mata pencarian mereka setelah bersara?

Kalau atlet tradisional masih boleh belajar pengetahuan asas dalam sekolah sukan, tapi atlet sukan eletronik biasanya langsung tidak bersekolah lagi untuk “latihan”. Adakah ini betul dan bertanggungjawab bagi masa depan mereka?

Pandangan Satria, ini peraturan baharu, perdebatan adalah biasa dan kesannya jangka panjang perlu difikirkan. Kalau tak sesuai, Satria yakin kerajaan China akan mengubahsuaikan peraturan ini berdasarkan perkembangan semasa.

张弘