Semalam ada kawan dari Malaysia membincangkan situasi Afghanistan dengan Satria melalui Messenger Facebook.
Menurut beliau, China patut terus menolak Taliban selepas pengunduran AS, dan kemudian katanya barulah mampu mendapat faedah yang terbesar.
Sejak tertubuhnya Republik Rakyat China, ada beberapa prinsip dasar luar yang dipegang oleh negara ini dan ia mungkin tidak difahami ramai.
Pertamanya ialah saling menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah. Kedua, tidak mencerobohi pihak lain. Ketiga, tidak mencampuri isu dalaman pihak lain. Keempat, saling menguntungkan secara sama rata dan terakhir, hidup bersama secara damai.
Jadi, bagi China, apa yang boleh dilakukan adalah untuk membantu Afghanistan mengadakan pembinaan semula serta membangunkan ekonomi. Pada masa sama, China juga tidak akan mencampuri hal ehwal dalaman negara itu.
Joe Biden pun turut sama mengakui bahawa sekarang bukan lagi zaman untuk membentukkan semula sesebuah negara dengan menggunakan kekuatan tentera.
Manakala bagi China pula, kestabilan dan pembangunan negara jiran merupakan faedah terbesar.
Mengenai penubuhan kerajaan sementara Afganistan, kerajaan China berpendapat ini langkah penting untuk menamatkan situasi tiada kerajaan selama lebih 3 bulan di Afghanistan serta memulihkan orde dan memulakan pembinaan semula pasca perang.
Menteri Luar China, Wang Yi pada semalam telah menghadiri Mesyuarat Pertama Menteri Luar Negara Jiran Afganistan secara maya yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Pakistan.
Wang Yi menegaskan sebagai jiran-jiran Afghanistan, tiada negara lain yang lebih menanti-nantikan kedamaian dan pembangunan di Afghanistan berbanding enam negara yang terlibat dalam mesyuarat tersebut.
Dalam 20 tahun yang lalu, kumpulan pengganas di Afghanistan tidak dimusnahkan. Namun, ia sebaliknya bertambah; dan lebih parah adalah rakyat Afghanistan tidak menikmati penghormatan dan pembangunan.
Apakah yang diterima oleh rakyat Afghanistan sekarang? Tiada apa, berbanding terus bergelumang dalam kemiskinan dan kesengsaraan, yang kita sendiri tahu puncanya adalah daripada AS dan negara-negara sekutunya.
Bagi Satria, dengan pengunduran tentera AS dan negara-negara sekutunya dari Afghanistan, negara-negara tersebut patut menjadikan sekarang sebagai detik permulaan untuk memikul tanggungjawab secara serius.
Pada masa yang sama, negara-negara jiran kepada Afghanistan pula akan membantu Taliban agar dapat menyatupadukan pelbagai kaum, membentuk struktur politik yang bertoleransi, melaksanakan dasar dalam dan luar negara yang sederhana dan terus membanteras kumpulan keganasan.
Sama ada Taliban akan menunaikan janjinya menubuhkan kerajaan yang tolerasi, membanteras keganasan dan menjalinkan hubungan normal dengan pelbagai negara, kita patut tunggu dan lihat.
Bagaimanapun, satu sudut yang perlu kita lihat adalah negara Afghanistan kini telah disatukan, perang telah terhenti, tentera asing telah menarikkan diri dari wilayah negara itu.
Situasi sedemikian tidak pernah berlaku dalam 20 tahun yang lalu dan boleh dilihat sebagai satu isyarat yang positif.
Meskipun begitu, jelas masih ada sesetengah pihak tidak suka hati melihat kestabilan kembali ke negara tersebut.
Pada beberapa hari ini turut berlaku tunjuk perasaan di Kabul yang membantah Pakistan mencampuri hal ehwal dalaman Afghanistan dan telah menyediakan bantuan kepada Taliban.
Campur tangan negara lain di Afghanistan tidak disokong oleh China, tak kira apa jua negara sekali pun ia.
Tapi campur tangan selama 20 tahun, bahkan mendalangi “kerajaan pusat” dilihat sebagai “bantun demokratik”. Yang membantah campur tangan itu disifatkan “pengganas” dan langsung ditembak mati di negara itu.
Turut timbul laporan yang berasas mendakwa Taliban akan menyerahkan satu lapangan terbang ketenteraan negara itu kepada China.
Fitnah macam ini jelas dicipta berdasarkan logik Barat. Ketika mereka untuk memelihara kepentingan diri di negara lain, langkah yang pertama adalah menduduki pelbagai lokasi yang strategik, seperti lapangan terbang.
Contohnya dalam pengunduran AS kali ini, lapangan terbang Kabul terus dikawal oleh tentera AS, dan semua penerbangan komersial dibatalkan, apatah lagi untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dari PBB.
Tapi China tiada pangkalan tentera di seberang laut kecuali di Djibouti, yang itupun sebenarnya bertujuan untuk menjamin logistik kepada rondaan anti-lanun di Teluk Aden.
Bagi China, kepentingan di Afganistan yang paling besar adalah menjamin negara itu tidak menjadi pangkalan lagi bagi kumpulan pengganas, khususnya pengganas yang berniat mengacaukan situasi di Xinjiang China. Dan ini bersesuaian dengan dasar yang dijanjikan oleh Taliban.