Perjalanan Hijau Bangunkan Bandar Berdaya Tahan

2021-10-29 11:35:52  CRI
Share with:

Perjalanan Hijau Bangunkan Bandar Berdaya Tahan_fororder_lscx

Sempena Hari Bandar Sedunia yang jatuh pada 31 Oktober, Persidangan Global Pembangunan Lestari Bandar Pertama turut dijadualkan berlangsung di Shanghai selama tiga hari mulai 30 Oktober ini dengan tema "Tangani Perubahan Iklim, Bina Bandar Berdaya Tahan".

Sebagai nadi sesebuah bandar, perjalanan hijau juga turut merupakan pendekatan dalam pembinaan bandar yang berdaya tahan.

Perjalanan Hijau Bangunkan Bandar Berdaya Tahan_fororder_lscx2

Kebelakangan ini, penduduk Beijing telah menyaksikan lebih banyak hari dengan langit biru, awan putih, dan udara bersih, yang berkait rapat dengan usaha kerajaan memperkenalkan "pengangkutan hijau".

Pada lima tahun lepas sahaja, ibu negara China telah menyelesaikan pengubahsuaian laluan khusus untuk basikal sepanjang 3,218 kilometer.

Dimaklumkan, dalam kalangan metropolitan antarabangsa, Beijing mengungguli senarai dalam infrastruktur pengangkutan perlahan, selain mendahului ranking skala jalur basikal di dunia.

Untuk rekod, seseorang individu yang berbasikal mampu mengurangkan 0.17 kilogram karbon dioksida setiap satu kilometer jika dibandingkan dengan memandu kereta.

Perjalanan Hijau Bangunkan Bandar Berdaya Tahan_fororder_zxc

 

高蕾