Semalam Elon Musk muat naik sajak China pada abad ke-3 dalam akaun Twitternya dengan menggunakan tajuk “Humankind”.
Sajak ini dicipta oleh Cao Zhi, seorang putera yang amat berbakat pada zaman Three Kingdoms.
Selepas kemangkatan ayahandanya, iaitu raja Wei, abang kepada putera itu memegang tampuk kuasa. Tapi, abangnya itu risau sekiranya adiknya yang amat berbakat itu akan menjadi ancamannya.
Jadi ia menyuruh adiknya mencipta satu sajak dalam tempoh tujuh langkah, dan andai kata beliau gagal, maka tamatlah riwayatnya.
Dalam keadaan yang sangat sedih, Cao Zhi mencipta sajak ini yang berbunyi “membakar batang untuk merebus kacang, kacang menangis dalam periuk. Kita bertumbuh dari akar yang sama, mengapa terburu-buru saling menyakitkan.”
Netizen dari seluruh dunia cuba menterjemah sajak itu dan menganalisis maksud Elon Mask.
Bagi Satria, sebagai seorang saintis dan usahawan yang selalu mempertimbangkan masa depan kaum manusia, maksud beliau untuk mengecam agenda mempolitikkan dan “meniagakan” isu perubahan iklim dalam Sidang Kemuncak G20 dan COP26 baru-baru ini, dan menyeru dunia sebagai satu komuniti berkongsi nasib.
Presiden AS, Joe Biden membawa konvoi yang terdiri daripad 85 buah kenderaan pelepasan karbon tinggi ke Rome dan Glasgow, untuk membahaskan pengurangan pelepasan karbon.
Inilah gaya hidup orang AS, menikmati sejumlah besar sumber tenaga dan produk yang dikeluarkan di negara lain, tapi menuntut negara lain mengurangkan pelepasan karbon.
Satria masih ingat pada lebih 10 tahun yang lalu, ahli Akademi Sains China, Ding Lizhong membantah keras 7 pelan pengurangan pelepasan karbon yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) untuk dibahaskan.
Menurut beliau, kesemua pelan tersebut hanya membela kepentingan negara maju saja. Penduduk di negara maju dan negara membangun sesama insan, seharusnya menikmati hak pelepasan karbon yang sama.
Faktanya, dari tahun 1900 hingga 2005, pelepasan karbon perkapita di negara maju mencatat 7.54 kali ganda berbanding negara membangun.
Manakala, dengan merujuk data itu, IPCC terus menetapkan pelan supaya negara maju terus menikmati pelepasan karbon lebih tinggi.
1.1 bilion penduduk negara maju akan menikmati 44% pelepasan karbon global, manakala 5.5 bilion penduduk negara membangun, termasuk China, hanya boleh membahagikan baki 56% had pelepasan karbon.
Setelah kuota pelepasan karbon negara membangun dihabiskan, mereka pula hanya boleh membeli dari negara maju!
Maksudnya jelas, kami negara-negara Barat telah cukup maju, sekarang kita menggalakkan pengurangan pelepasan karbon supaya kehidupan baik kami kekal abadi. Bagi negara-negera membangun, kamu tak boleh melepaskan begitu banyak karbon lagi, ini akan menjejaskan ekologi! Masalah kemiskinan? Ini bukan hal yang perlu kami pertimbangkan.
Tahukah apa perkembangan selepas itu? Santis yang jujur dan bersuara untuk negara-negara membangun itu dikenakan sekatan oleh kerajaan AS…
Baru-baru ini, Satria juga telah membaca rencana pakar pembangunan global Jeffrey Sachs di media Malaysia yang berpendapat negara-negara maju patut membayar ganti rugi kepada negara-negara membangun atas pelepasan karbon dalam sejarah.
Menurut beliau, AS telah melepaskan 25% karbon dioksida dari seluruh dunia sejak 1751, meskipun penduduk mereka hanya kurang 5% daripada dunia.
Negara-negara maju pernah janji setiap tahun menyediakan dana sejumlah USD100 bilion untuk membantu negara membangun mengurangkan pelepasan karbon pada tahun 2009. Tapi hanya sebahagian kecil janji tersebut ditunaikan setiap tahun, malah sasaran pengurangan pelepasan karbon semakin meningkat.
Tanpa sokongan dana dari negara maju, sasaran pengurangan karbon global hanya cakap kosong saja. Dan, sistem perniagaan hak pelepasan karbon kini hanya akan menjadikan negara membangun semakin miskin dan negara maju semakin kaya.
Satria selalu membaca laporan media Barat yang mengecam pelepasan karbon dari kilang di China.
Betul, China merupakan “kilang dunia”, mengeluarkan banyak produk untuk pengguna di negara-negara maju supaya mereka menikmati kehidupan yang hijau dan bersih. Tapi sebenarnya pelepasan karbon perkapita di China hanya mencatat 6.4 tan metrik saja.
Jumlah ini lebih rendah daripada 7.7 tan metrik perkapita di Malaysia, jauh lebih rendah berbanding Arab Saudi dan AS yang mencatat 17.6 tan metrik perkapita.
Satu fakta yang patut diketahui umum adalah, unit yang pelepasan karbon terbesar di dunia bukanlah kilang di China, sebaliknya tentera AS.
Berdasarkan pengajian, pelepasan karbon dioksida tentera AS dari 2001 hingga 2017 di medan Afghanistan, Iraq dan Syria melebihi 400 juta tan.
Kalau tentera AS boleh menghentikan operasinya, bukan hanya dunia ini akan menjadi lebih selamat, bahkan lebih bersih.
Meskipun kurang adil, tapi China dan pelbagai negara membangun telah berani memikul tanggungjawab diri untuk menetapkan sasaran pengurangan pelepasan karbon yang diperjuangkan. Negara-negara maju juga diseru menghentikan cakap kosong saja, mengambil tindakan benar untuk menyokong usaha pengurangan pelepasan karbon global.