Anak syarikat Huawei di Thailand mula melengkapkan Hospital Siriraj milik Universiti Mahidol Thailand di Bangkok dengan teknologi pintar 5G semalam.
Projek kendalian Huawei tersebut berdasarkan kerjasama dengan Hospital Siriraj dan Suruhanjaya Radio dan Telekomunikasi Negara Thailand.
Upacara perasmian projek tersebut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri negara itu, Prayut Chan-ocha, Menteri Ekonomi Digital dan Sosial, Duta Besar China, Han Zhiqiang serta wakil-wakil dari syarikat terbabit.
Teknologi 5G, Cloud dan AI (kecerdasan buatan) bakal digunakan dalam seluruh proses operasi perkhidmatan perubatan hospital tersebut dari kemasukan ambulan, diagnosis bantuan AI, hingga perawatan jarak jauh selepas dibenarkan keluar dari ward.
Projek tersebut juga merupakan projek hospital pintar 5G yang pertama yang dimulakan oleh syarikat Huawei di rantau ASEAN.