Sebuah syarikat logistik dan 12 lagi perusahaan pemprosesan beras semalam dilaporkan masing-masing memilih berpangkalan di zon logistik e-dagang dan zon hasil pertanian kendalian Hab Pengangkutan Kereta Api Antarabangsa Nanning yang dirancangkan berkembang ke arah pusat pengagihan logistik dan pangkalan pemprosesan beras yang berorientasikan ASEAN yang paling besar di China.
Zon logistik e-dagang yang seluas 19 hektar itu dilengkapi bangunan seluas 150,000 meter persegi, dan dilaporkan sudah menelan pelaburan sebanyak RMB1 bilion (RM 660 juta). Tempoh perkhidmatannya dijangka bermula dari hujung 2022.
Projek fasa pertama zon pemprosesan hasil pertanian yang seluas 10 hektar itu dilengkapi bangunan yang seluas 50,000 meter persegi yang merangkumi empat gudang dan 12 talian pemprosesan beras, yang mampu mengelolah beras sebanyak 600,000 tan ke atas setiap tahun.
Setakat ini, sebanyak 10 juta tan kargo telah selesai dihantar melalui 10 laluan ekspres kendalian Hab Pengangkutan Kereta Api Antarabangsa Nanning yang menyambungkan Asia Tenggara dan Eropah.