Stadium Negara Kemboja sebagai projek pembinaan bantuan kerajaan China, mula beroperasi semalam. Upacara perasmian berkenaan diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Duta Besar China di negara itu, Wang Wentian.
Hun Sen mengumumkan stadium tersebut akan dijadikan venue utama bagi Sukan Asia Tenggara 2023. Beliau mengucapkan terima kasih kepada China, dan menyifatkan projek ini sebagai satu lagi pencapaian cemerlang usaha sukan Kemboja sekali gus hasil persahabatan Kemboja-China.
Wang Wentian berkata, projek tersebut merupakan stadium yang berskala paling besar dan peringkatnya paling tinggi antara semua stadium binaan China di luar negara.
Stadium Negara kemboja yang seluas lebih 80 ribu meter persegi dan mampu menampung lebih 60 ribu penonton itu, terletak di luar bandar Phnom Penh, ibu kota Kemboja.