Pada 3 Disember lalu, China menyerahkan nota diplomatik kepada PBB yang menyatakan satelit Starline kepunyaan syarikat SpaceX (dimiliki oleh Elon Musk) telah dua kali mendekati stesen angkasa lepas China “Tiangong”, sekali gus memaksa “Tiangong” mengadakan pergerakan cemas untuk mengelakkan pelanggaran pada 1 Julai dan 21 Oktober tahun ini.
Sedikit latar belakang, jika anda nak tahu, setiap alat penerbangan buatan manusia mempunyai orbit masing-masing dan sepatutnya tidak akan saling mendekati.
Manakala, stesen angkasa lepas China “Tiangong” masih membawa tiga orang angkasawan, dan tidak mungkin secara aktif mendekati alat penerbangan yang lain dengan risiko tinggi.
Pada tahun 2019, satelit Aeolus milik Agensi Angkasa Lepas Eropah juga pernah mengadakan pergerakan cemas untuk mengelakkan pendekatan dengan satelit Starline.
Memetik The Guardian, sehingga kini, SpaceX telah melancarkan kira-kira 2,000 satelit ke ruang angkasa menerusi Starlink, dan telah diberikan lampu hijau oleh Amerika untuk melancarkan sehingga 42 ribu satelit ke ruang angkasa!
Justeru, adalah patut untuk dunia sekarang ini mempertimbangkan secara teliti keselamatan Starline milik Amerika.
Program Starline ini juga kononnya adalah bertujuan untuk menyediakan jaringan telekomunikasi generasi baharu dan kesemua system tersebut difahamkan akan dilengkapi dengan 42 ribu satelit.
Persoalan utamanya, adakah program mega ini hanya untuk tujuan telekomunikasi dan adakah ia dikawal oleh syarikat SpaceX saja?
Pada bulan Mac 2019, pihak Angkatan Tentera Udara Amerika telah memeterai kontrak dengan SpaceX, menuntut pihaknya menggunakan tempoh 3 tahun untuk menguji cuba “perkhidmatan ketenteraan” program itu.
Sebenarnya, dengan melancarkan 42 ribu satelit kecil Starline, ia akan membantu Amerika mendominasikan orbit dekat Bumi.
Kita tahu “dasar” penggunaan ruangan angkasa lepas kini adalah “siapa lancarkan, dialah yang dapat guna”. Jadi, dengan kos yang murah dan jumlah yang besar program Starline, Amerika sebenarnya mampu membentuk satu jaringan yang meliputi seluruh Bumi.
Jelas, pelancaran apa jua alat angkasa lepas dari negara lain, perlu diubahsuai mengikut jaringan Starline supaya tidak berlaku pelanggaran dengan satelit-satelitnya.
Masalah yang lebih serius adalah, dengan kos yang begitu murah, setiap satelit Starline hanya boleh berkhidmat selama 2-3 tahun saja, dan kini sudah terdapat lebih kurang 70 satelit memasuki atmosfera dan terbakar akibat pelbagai punca.
Seiring dengan skala Starline yang semakin besar, ini bermakna setiap tahun juga akan terdapat sejumlah besar satelit Starline jatuh ke Bumi.
Orbit Starline biasanya lebih tinggi daripada orbit stesen angkasa lepas. Tapi, sekiranya ia jatuh, ia mesti memasuki orbit stesen angkasa lepas dan membawa risiko keselamatan.
Yang lebih membimbangkan, ketika hampir berlakunya pertembungan kali kedua dengan “Tiangong”, Starline-2305 menurunkan orbitnya sebanyak kira-kria 100 kilometer. Tetapi, setelah “Tiangong” melakukan pergerakan cemas, ia kembali lagi ke orbitnya yang terdahulu.
Adakah ini bermakna Starline mampu menjadi senjata untuk melanggar alat penerbangan angkasa lepas negara lain secara terkawal oleh pihak Amerika?
Tak habis di situ, satelit Starline yang di luar kawalan kini mencatat kira-kira 3%. Kadar ini tidak tinggi kalau dilihat pada masa ini. Bagaimanapun kalau jaringan Starline dilengkapi dengan 42 ribu satelit, ini bermakna adalah lebih 1000 satelit yang tidak terkawal!
Dulu Amerika mendakwa percubaan peluru berpandu anti-satelit mengekorkan lebih 1500 serpihan dalam orbit dekat bumi, jadi bagaimana pula dengan lebih 1000 satelit yang tidak terkawal?
Kalau mereka melanggar dengan alat penerbangan angkasa lepas yang lain, akan mengekorkan reaksi rantaian yang mampu menghancurkan semua alat pengerbangan angkasa lepas di orbit dekat bumi, sekali gus menyekat laluan kaum manusia untuk meneroka angkasa lepasan lagi!
Tindakan terburu-buru Amerika untuk nak mendominasikan ruang angkasa lepas dengan teknologi yang murah dan kurang matang ini bukan merupakan percubaan yang bahaya bagi Amerika sahaja, malah juga terhadap seluruh kaum manusia.