Teknologi: Robot Perkhidmatan di China Terus Berkembang

2022-06-20 12:53:24  CRI
Share with:

Robot perkhidmatan seperti yang digunakan di hospital mempunyai keperluan pasaran dengan jumlah besar.

 

Robot panduan perubatan pintar boleh memberikan layanan kepada pesakit di lobi hospital dan memandu mereka ke klinik yang tepat untuk menerima rawatan.

Malah, ia juga arif tentang keadaan persekitaran, boleh memandu arah pergerakan dan mengelak daripada halangan untuk mengagihkan barangan termasuk alat pembedahan, ubat-ubatan, pakaian kepada pesakit berjangkit dan makanan.

 

Perkembangan robot perubatan yang mendapat sokongan padu kerajaan China dijangka mencapai jumlah pasaran sekitar USD4.1 bilion (RM18 bilion) menjelang 2026.

 

Menurut rekod, pasaran robot perkhidmatan komersial China pada 2021 mencatat USD84 juta (RM370 juta) dan dijangka angka itu akan mencecah RMB60 bilion (RM264 bilion) menjelang 2023.

 

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, banyak syarikat China masing-masing meneroka pasaran luar.

 

Antara yang mendapat sambutan baik di negara lain adalah produk keluaran syarikat Pudutech

 

Setakat ini, robot yang dihasilkan syarikat itu telah laris dijual di lebih 60 buah negara dan kawasan yang merangkumi lebih 600 buah bandar dengan jumlah penjualan melebihi 40,000 buah.

 

Di pasaran Korea Selatan, robot Pudu telah memenangi penilaian kepuasan pelanggan No. 1 selama tiga tahun berturut-turut.

 

Manakala, syarikat KEENON Shanghai sedang merancang menubuhkan 10 buah syarikat di Jepun dan Korea Selatan untuk memasarkan robot penghantaran makanan terhadap restoran dan hotel tempatan.