China Harap ARF SOM Menyumbang kepada Keamanan dan Pembangunan Serantau
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Forum Serantau ASEAN (ARF SOM) diharap menyumbang kepada persiapan untuk Mesyuarat Menteri ARF 2023, serta keamanan, pembangunan dan kemakmuran rantau ini.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin dalam sidang media pada Selasa.
Untuk rekod, ARF SOM akan diadakan menerusi pautan video pada hari ini.
Para hadirin akan mengimbau kembali keadaan pelaksanaan konsensus yang tercapai dalam Mesyuarat Menteri ARF tahun lepas, membincangkan pembinaan mekanisme ARF dan hala tuju pembangunan pada masa depan, dan bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.
Turut hadir, Pembantu Menteri Luar China, Nong Rong.