Jangan Menangis Yufei
Baru-baru ini atlet renang China, Zhang Yufei telah membantu skuad China memenangi dua pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Paris. Sebagai atlet yang berpengalaman menyertai Sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan pernah membawa pulang pingat perak pada temasya sukan berprestij tersebut, Yufei berkata adalah penting untuk menikmati pertandingan yang berlangsung. Namun selepas upacara penyampaian pingat, ketika Yufei mengucapkan terima kasih kepada penonton di stadium, air matanya tak boleh tahan mengalirkan.
JanganMenangisYufei terus menjadi tular dalam platform media sosial China semalam, bahkan berada di kedudukan No. 1 sebagai hashtag yang paling popular dan paling banyak digunakan.
Sebagai atlet yang terunggul dalam bidang renang di China, pastinya Yufei mempunyai impian untuk menggondol pingat emas Sukan Olimpik, bahkan untuk memecahkan rekod dunia. Namun ujarnya kepada media, kegagalannya dalam acara 100m gaya kupu-kupu perempuan mungkin berpunca dari dirinya sendiri.
Bagaimanapun, seorang tokoh profesional mendedahkan bahawa ujian air kencing terhadap kesemua 31 orang atlet renang China sebanyak 200 kali dalam masa 10 hari sedikit sebanyak telah mengganggu latihan dan prestasi atlet renang China teramsuk Zhang Yufei di temasya sukan berkenaan. Yufei memaklumkan kepada media bahawa dia telah diminta untuk membuat ujian air kencing seawal pukul 5 pagi. Perkara ini disahkan oleh sukarelawan di pusat ujian dalam perkampungan atlet. Mereka memaklumkan bahawa, ketika mereka ingin membuka pusat ujian tersebut pada pukul 6 pagi, Zhang Yufei dan atlet China lain telah pun berada di pusat ujian tersebut, menunggu untuk menjalani ujian air kencing.
Semua ini berpunca daripada tekanan yang diberikan oleh Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) berikutan kes pencemaran sampel 23 atlet renang China pada Sukan Olimpik Tokyo. Keputusan siasatan telah membuktikan ianya berpunca daripada pencemaran makanan dan perkara itu telah disahkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Namun yang peliknya, hal ini dihangatkan lagi baru-baru ini, FBI menyatakan pihaknya telah memulakan siasatan berkenaan dan berhak mengambil tindakan terhadap atlet China. Bukan itu sahaja, maklumat atlet China termasuk atlet remaja negara ini telah didedahkan oleh media utama AS termasuk New York Times.
Ekoran tekanan daripada USADA, Zhang Yufei terpaksa menjalanan ujian sebanyak 43 kali pada tahun 2023, manakala seorang lagi atlet lelaki China, Qin Haiyang menerima 46 kali ujian dalam tempoh setahun, menduduki No.1 antara para atlet renang di seluruh dunia. Yang kelakarnya, tiada langsung ujian yang dijalankan ke atas pesaing mereka iaitu atlet dari AS. WADA mengesahkan bahawa 90% atlet AS tidak tersenarai dalam ujian ekoran pelbagai jenis penyakit yang “terpaksa” menggunakan dadah tertentu.
Ya, pasukan renang yang paling hebat di dunia itu terdiri daripada “pesakit”.
Dalam sidang akhbar yang berlangsung pada 25 Julai lalu di Paris, WADA ada menggambarkan bahawa, jika USADA terus menerus mencabar kewibawaan WADA, hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2034 yang diberikan kepada Salt Lake City mungkin akan dibatalkan.
Justeru, adalah penting untuk tidak libatkan politik di dalam sukan!