Betulkah BRICS ‘Gentlemen’s Club’?
Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini memaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS, kepada Russia selaku negara pengerusi bergilir BRICS. Susulan itu, THE DIPLOMAT dalam ulasannya berkata, keanggotaan Malaysia atau Thailand menganggotai BRICS dilihat tidak akan mendatangkan faedah besar kepada kedua-dua negara. Sebaliknya BRICS hanya ‘Gentlemen’s Club’ yang berkumpul meratapi layanan yang begitu buruk daripada tata tertib antarabangsa yang dipimpin oleh AS.
Hakikatnya BRICS memang ‘Gentlemen’s Club’ berbanding ‘Pirate’s Club’ yang dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS).
BRICS merupakan konsep pasaran global yang baru muncul, hasil cetusan idea oleh Jim O’Neill, Pakar Ekonomi Utama Golden Sachs pada 2001. Secara logiknya, pasaran yang baru muncul sepatutnya membawa faedah yang besar kepada negara barat. Bagaimanapun, THE DIPLOMAT menyifatkan 10 anggota BRICS sebagai wakil Global South dan Global East yang anti-barat.
Jelasnya, ‘Pirate’s Club’ ini hanya mahu mengambil kesempatan dari BRICS dengan menjual produk bernilai tinggi dengan harga yang sangat mahal selain mengimport barangan harian dengan harga yang jauh lebih murah, bagi memenuhi kehidupan seharian rakyatnya. Malah pada masa sama, pasaran baru muncul tidak diizinkan untuk mewujudkan modenisasi sendiri kerana ‘Pirate’s Club’ tidak mahu menerima anggota baharu lagi.
Negara seperti Malaysia dan Thailand, sudah lama dikenali sebagai “harimau kecil Asia”. Namun disebabkan gangguan seperti krisis kewangan Asia, krisis gadai janji suprima, pandemik dan lain-lain, secara tidak langsung mengganggu sasaran kedua-dua negara untuk menjadi “harimau besar Asia”. Tapi adakah unsur gangguan yang lain?
Kita tidak mahu merampas harta negara lain untuk mewujudkan modenisasi seperti ‘Pirate’s Club’, tapi kita berhak mewujudkan modenisasi dengan perjuangan diri.
Kini muncul peluang yang cerah buat mereka, misalnya Malaysia telah berjaya menarik pelabur dari Timur dan juga Barat dalam sektor cip dan EV, sektor yang paling hangat dalam situasi ekonomi global buat masa ini.
Pelaburan sudah dapat, kilang sudah dibina, pekerja sudah direkrut, yang paling diperlukan bagi Malaysia adalah pasaran yang besar dan stabil. Sebab bagi Malaysia, Thailand, bahkan Korea Selatan dan Jepun yang sudah cukup maju, mereka terhad dalam skala pasaran domestik. Hakikatnya perkembangan ekonominya mempunyai hubungan rapat dengan pasaran antarabangsa.
Pasaran yang paling besar dan stabil di dunia buat masa ini tentunya BRICS. Manakala unsur tidak menentu atau ancaman yang terbesar adalah daripada ‘Pirate’s Club’.
Menghadapi perang perdagangan antara China dengan AS, khususnya dalam bidang cip yang sudah berlarutan beberapa tahun, sektor cip di Malaysia mendapat peluang perkembangan yang baik. Malaysia menyasarkan pengeksportan cip sebanyak USD257 bilion menjelang 2030. Ini bermakna Malaysia tidak mahu berperanan sebagai pusat OSAT saja, sasaran utamanya adalah menaiktaraf sebagai pereka bentuk dan pengeluar cip yang penting di dunia.
Jika sasaran itu berjaya dicapai, maksudnya Malaysia akan mempunyai syarikat besar dan gah seperti Huawei. Persoalannya, adakah perkara ini akan diizinkan oleh ‘Pirate’s Club’?
Untuk menjamin modenisasi ala Malaysia, menganggotai BRICS merupakan pilihan yang amat tepat bagi Malaysia. Jika masih dapat mengekalkan hubungan baik dengan Barat, tentulah ia perkembangan yang paling baik. Sekiranya menghadapi gangguan dan tekanan, BRICS mampu menyediakan dana, teknologi dan pasaran, dan ini akan banyak membantu mengelakkan kilang yang sedia ada daripada tertutup, rakyat kehilangan peluang kerja dan pembaziran pelaburan.
Anggota BRICS memang semuanya ‘Gentlemen’, mereka mahu modenisasi dan tidak mahu menjadi ‘Pirate’. Jadi mereka memilih saling menyokong untuk mewujudkan kemakmuran bersama.