Deng Xiaoping, Ketua Arkitek Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka China

2024-08-23 15:51:06  CRI
Share with:

Semalam merupakan ulang tahun ke-120 kelahiran Deng Xiaoping, ketua arkitek dasar pembaharuan dan pintu terbuka China.

 

Individu ini merupakan pejuang komunis yang sangat kental dan berani untuk melakukan revolusi, bersesuaian dengan perkembangan zaman dan keadaan semasa. Mewarisi Teori Deng Xiaoping pada hari ini bermaksud memperkasakan pembaharuan dan mewujudkan modenisasi ala China mengikut acuan beliau dan pejuang generasi terdahulu yang berusaha untuk menyelamatkan negara tembok besar ini.

 

Pada 1920, Deng Xiaoping yang berumur 16 tahun pada ketika itu melanjutkan pengajian ke Perancis. Sambil belajar di sekolah menengah tempatan, beliau sambil bekerja untuk menampung kehidupan terutamanya persekolahan. Beliau suka minum kopi dan menyaksikan pertandingan bola sepak. Namun, kehidupannya juga tidak semudah yang disangka kerana terpaksa berhadapan dengan penindasan ketika bekerja di beberapa kilang di Perancis.

 

Pada tahun 1989, Deng Xiaoping yang sudah pun bersara pernah mengadakan jamuan untuk menyambut kunjungan bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon. Dalam jamuan tersebut, beliau memberitahu Nixon yang beliau tidak begitu tinggi, kerana sewaktu kecil, beliau selalu diberikan kerja-kerja berat selain sentiasa mengalami kelaparan semasa berada di Perancis.

 

Pengalaman yang terpaksa dihadapi Deng Xiaoping dan belia-belia lain ketika di Perancis pada waktu itu, menguatkan keazaman mereka untuk yakin pada Marxisme dan menjadikan Marxisme sebagai perjuangan mereka sepanjang hayat.

 

Selepas pulang ke tanah air, Deng Xiaoping memimpin pasukan seramai lebih 100,000 orang berjuang untuk mewujudkan kemerdekaan dan pembebasan negara China.

 

Sejak memegang pucuk pimpinan China pada 1975, beliau menyatukan teori Marxisme dengan keadaan semasa di China, malah menetapkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada 1978.

 

Jika dahulu, masih boleh menimba pengalaman berdasarkan kejayaan atau kegagalan dari negara lain seperti Perancis dan bekas Kesatuan Soviet, namun kini perlaksanaan pembaharuan dan pintu terbuka di China bermaksud, negara ini memilih satu jalan pembangunan baharu dan perlu bergerak atas usaha sendiri.

 

Usaha ini berjaya mewujudkan pengumpulan dana fasa awal bagi pembangunan China untuk tempoh puluhan tahun selepas itu, tanpa melakukan sebarang bentuk penjajahan atau rampasan seperti yang dilakukan Barat, sebaliknya ia bergantung kepada kerajinan bekerja seluruh rakyat China.

 

Inisiatif yang dikemukan Deng Xiaoping ini secara jelas memperlihatkan sifat seorang pejuang komunis yang setia dan berpegang teguh pada kepercayaan fahaman komunis selain berani mengembangkan teori serta tidak takut untuk mencuba dan mencari “jalan” yang paling sesuai untuk pembangunan China.

 

China kini memperlihatkan perubahan besar dari segi domestik dan antarabangsa. Malah negara tembok besar ini juga menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia dengan amalan modenisasi ala China. Bukan itu sahaja, rakyat China juga berjaya membasmi kemiskinan secara menyeluruh dan menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. Namun, sebalik kejayaan yang dicapai, sekatan sesetengah negara Barat ke atas China juga semakin hebat berikutan kekhuatiran mereka terhadap persaingan dari China.

 

Pilihan China pastinya mengikut “jalan” yang telah dihala tuju oleh Deng Xiaoping, supaya dapat terus memperkasakan pembaharuan selari dengan perkembangan situasi terkini dalam dan luar negara. Dengan penyatuan teori yang dicipta oleh barisan pemimpin mengikut keadaan semasa dan budaya tradisional China, dalam usaha menjayakan modenisasi ala China.

 

Sesungguhnya pemergian Deng Xiaoping pada 1997, merupakan satu kehilangan yang paling besar bagi negara China.