China Berani Berhadapan “Titah Langit”

2024-08-30 14:00:48  CRI
Share with:

Ketika baru bermain permainan video Black Myth: Wukong, ramai pemain dari seluruh dunia (bukan warga China) yang kurang faham dan tertanya-tanya mengenai sejarah atau kisah klasik China, contohnya mengapa Dewa Erlang bersama-sama tentera dari Istana Langit ingin menghapuskan Wukong?

 

Satria ada satu contoh yang boleh dikongsikan, supaya mereka faham situasi antara Wukong dengan Istana Langit.

 

Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat(AS), Jake Sullivan dalam lawatannya ke China baru-baru ini bertemu dengan pucuk pimpinan kerajaan China. Inisiatif utamanya adalah untuk menggalakkan pertemuan antara Presiden AS Joe Biden dengan Presiden Xi Jinping, selain itu difahamkan kedua-dua pihak hanya mengulangi pendirian masing-masing.

 

Berdasarkan situasi ini, Satria ibaratkan Jake Sullivan sebagai Dewa Erlang yang datang ke China sekadar untuk memberi dua pilihan. Pertama, China perlu menyerah diri dan bekerjasama dengan AS dalam bidang yang mereka minat seperti kawalan dadah dan konflik Rusia-Ukraine. Berkemungkinan AS akan menerima negara tembok besar ini dalam “tata tertib berasaskan peraturan” yang ditunjangi AS. Kedua, jika China tidak bersetuju atau melawan, AS akan membawa negara-negara sekutunya untuk menghancurkan teknologi dan p ekonomi China, dengan tujuan memaksa China mentaati segala “tata tertib berasaskan peraturan” yang telah ditetapkan.

 

Dalam situasi ini, AS melihat tata tertib berasaskan peraturan sebagai “titah langit”. Situasi ini sama seperti pilihan yang perlu dilakukan oleh para pemain, iaitu China hanya ada satu pilihan iaitu menerokai jalannya sendiri dan berani “berhadapan” titah langit, meskipun terpaksa menghadapi “81 rintangan dan cabaran”.

 

Satria dapati, permainan tersebut juga menyaksikan terdapat banyak peraturan yang memperlihatkan kebijaksanaan Timur. Ramai pemain yang mempersoalkan kenapa permainan video Black Myth: Wukong tiada peta, kerana ini menyukarkan para pemain. Namun, ada pemain China yang menjawab dengan seni kata lagu dari drama di televisyen “Hikayat Jelajah ke Barat” yang diterbitkan pada 1986 iaitu “janganlah tertanya-tanya di manakah jalan, jalan itu di bawah kaki sahaja”.

 

Lebih menarik lagi, jika pemain memilih untuk mengelakkan segala cabaran dengan tujuan untuk menamatkan permainan lebih cepat, berkemungkinan pemain akan berdepan episod penamat yang “palsu” Ini kerana dalam cerita “Hikayat Jelajah ke Barat”, yang penting bukanlah  teks ajaran (kitab suci) agama Budha yang diperoleh dari India, sebaliknya pengalaman mengatasi 81 cabaran di sepanjang perjalanan.

 

Meskipun ramai anggota delegasi Jake Sullivan yang fasih bertutur bahasa Mandarin, Satria mencadangkan kepada mereka untuk membaca novel klasik “ Hikayat Jelajah ke Barat” secara menyeluruh atau bermain Balck Myth : Wukong, supaya benar-benar memahami apa yang acap kali dibangkitkan oleh pemimpin China pada setiap kali sesi pertemuan iaitu supaya AS dapat bertindak sehaluan dengan China dan memandang negara itu dan pembangunan China secara rasional. Malah memandang pembangunan kedua-dua negara sebagai peluang dan bukannya cabaran, sekaligus dapat bersama-sama mencari cara kerjasama yang munasabah antara kedua-dua pihak.