Mendiang Mao Zedong : Sahabat Asia, Afrika dan Amerika Latin
Tahukah anda, di Windhoek, ibu negara Namibia terdapat sebuah sekolah menengah yang dinamakan atas nama mendiang Pengerusi Mao Zedong, pengasas Republik Rakyat China. Malah baru-baru ini, replika patung mendiang Mao Zedong telah di rasmikan di sekolah tersebut.
Menteri Pendidikan Namibia, Anna Nghipondoka menyifatkan replika dan nama sekolah tersebut sebagai simbolik persahabatan kedua-dua negara, selain menggalakkan lagi usaha kedua-dua pihak untuk mengeratkan hubungan tersebut.
Namibia merupakan negara terakhir di Afrika yang mewujudkan kemerdekaan iaitu pada tahun 1990. Memetik kenyataan Duta Besar Namibia ke China, Elia George Kaiyamo sebagai berkata, dalam perjuangan untuk menuntut kemerdekaan, bukan hanya Namibia, bahkan pemimpin dari negara-negara Afrika yang lain seperti Angola, Congo, Tanzania, Mozambique dan Afrika Selatan, turut datang ke China untuk meminta bantuan. Walaupun China amat miskin pada waktu itu, tetapi disebabkan untuk menyemarakkan semangat kemanusiaan serta keharmonian global, mendiang Mao Zedong yang memimpin China pada waktu itu berusaha sedaya upaya menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Kini banyak laporan media dari barat yang cuba memutarbelitkan fakta mengenai bantuan dari China untuk Afrika, justeru generasi muda perlu memahami sejarah dan fakta yang sebenarnya.
Jika dibandingkan dengan bantuan berbentuk perubatan, makanan dan senjata, sokongan terbesar kepada Afrika sebenarnya adalah semangat mendiang Mao Zedong yang bertungkus lumus melawan penjajah dan imperialis, juga berani berjuang menuntut kemerdekaan dan kemaslahatan dunia.
Ketika bertemu dengan delegasi ekonomi dan wanita Guinea pada 1963, Pengerusi Mao Zedong berkata bahawa semua rakyat Afrika adalah kawan China.
Bukan hanya fahaman mendiang Mao memberi sokongan kepada Afrika, hakikatnya ramai lagi tokoh-tokoh di dunia yang “mengambil” semangat dan kekuatan dari beliau. Yasser Arafat misalnya sangat suka rencana tulisan mendiang iaitu “Datuk Bodoh Pindahkan Gunung”. Rencana tersebut berasaskan dongeng China mengenai rancangan seorang datuk yang membawa sekeluarganya untuk memindahkan gunung yang menghalang jalan. Kata datuk itu, gunung tidak akan semakin tinggi, justeru anak cucunya akan terus menggali sehingga gunung tersebut dipindahkan. Justeru Yasser Arafat sangat menyanjung tinggi semangat orang China. Beliau berkata, orang China tidak takut akan imperialis, sama seperti beliau. Katanya lagi “saya bersedia menjadi Datuk Bodoh yang dikatakan mendiang Mao Zedong” yang berusaha memindahkan “gunung imperialis”.
Che Guevara yang pernah melawat Beijing pada 1960, khusus mengunjungi Pengerusi Mao Zedong dalam lawatan itu, sekali gus menyampaikan salam dari Fidel Castro.
Raja KO, Mike Tyson juga melihat mendiang Mao Zedong sebagai pemimpin yang paling hebat di dunia, malah mencacah gambar Mao pada lengannya. Tidak hanya itu, beliau juga pernah beberapa kali menyatakan bahawa mendiang Mao Zedong adalah tokoh yang paling cemerlang di dunia, sebab berjuang untuk hak sama rata.
Hari ini merupakan ulang tahun ke-48 pemergian mendiang Mao Zedong. Pada awal pagi, sudah ramai orang yang berbaris di luar Dewan Peringatan Mendiang Mao Zedong di Dataran Tian'anmen, Beijing untuk menyampaikan penghormatan mereka.
Satria berpendapat, Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024 yang diadakan di Beijing minggu lalu juga mewariskan semangat mendiang Mao Zedong dan menaiktarafkan persahabatan China-Afrika yang diasaskan beliau, serta berusaha mewujudkan impian beliau dengan bersama-sama membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.