“The Art of Power” : Rahsia Pelabur Hebat Nancy Pelosi

2024-09-11 15:32:47  CRI
Share with:

Ketika sesi menandatangani buku “The Art of Power” yang ditulis oleh Nancy Pelosi, bekas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat(AS), ada seorang individu bertanya kepada Nancy tentang apa saham yang dia patut beli berikutan baginya Nancy merupakan seorang pelabur yang sangat hebat dan tindakannya selalu membawa keuntungan.

 

Meskipun segera diusirkan, individu tersebut terus mempersoalkan mengenai gaji Nancy di Kongres AS yang hanya ratusan ribu dolar, namun asetnya bernilai ratusan juta dolar. Ia hanya mahu tahu cadangan pasaran saham yang terbaik untuk mengurangkan jurang kekayaan.

 

Pada pandangan Satria, semua persoalan tersebut sudah dijawab oleh Nancy dalam buku “The Art of Power” itu.

 

Pada Julai, suami Nancy bertindak membeli saham NIVIDIA bernilai jutaan USD dan turut menjual saham Microsoftnya. Mengejutkan apabila, pada 31 Julai, saham NIVIDIA melonjak 12% dan Microsoft menurun lebih 1%. Menerusi pelaburan tersebut, keluarga Nancy memperoleh keuntungan kira-kira USD 4 juta dan sehingga kini harta keluarga ini dilaporkan berjumlah USD250 juta. Namun Nancy Pelosi sentiasa menafikan bahawa beliau ada mendedahkan sebarang maklumat kepada suaminya.

 

Masih ingatkan krisis Bank SVB pada tahun lalu? Sekurang-kurangnya 9 orang ahli kongres AS tiba-tiba bertindak menjual saham SCB dan beberapa bank lain pada 9 Mac 2023. Sehari kemudian, Bank SVB mengumumkan bankrap sehingga mengakibatkan saham di sektor perbankan jatuh menjunam.

 

Berdasarkan laporan New York Times pada 2019, terdapat kira-kira 100 ahli Kongres AS terlibat dalam pelaburan saham “gelap” atau penguasaan aset yang diperoleh atas “kuasa” mereka. Namun saya pasti keadaan sebenar adalah lebih teruk berbanding laporan tersebut.

 

Meskipun begitu, para ahli Kongres negara itu masih mendakwa gaji mereka yang berjumlah USD174 ribu sebagai terlalu rendah. Patrick McHenry dari Parti Republikan menyuarakan pendapatnya bahawa gaji yang “rendah” itu tidak mungkin menarik pegawai yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai bagi berkhidmat untuk rakyat.

 

Keadaan benar mungkin seperti apa yang dikatakan oleh Patrick McHenry, sebab para ahli Kongres AS nampaknya benar-benar tidak mahu berkhidmat untuk rakyat negaranya.

 

Pada 2007, Patrick McHenry menentang keras gaji minimum pekerja AS dinaikkan dari USD5.15 kepada USD7.25. Malah pendirian tersebut tidak berubah dalam belasan tahun ini. Pada 2021, beliau sekali lagi mengundi untuk menentang gaji minimum pekeja dinaikkan dari USD7.25 kepada USD15.