Apa Maksudnya “中国”
China dalam bahasa Mandarin adalah “中国”. Perkataan ini paling awal ditemukan adalah dalam ukiran pada bekas gangsa “He Zun” yang digunakan oleh bangsawan Dinasti Zhou (tahun1045 -256 Sebelum Masihi) dalam upacara sembahyang, mencatat peristiwa Raja Wu menggulingkan Dinasti Shang(tahun 1600—1046 Sebelum Masihi), dan Raja Cheng membina ibu kota baharu di “中国”, iaitu kawasan pusat negara, untuk memerintah negara pada tahun 1040 Sebelum Masihi.
Bekas gangsa “He Zun” kini disimpan dalam Muzium Barangan Gangsa Baoji, provinsi Shaan’xi. Manakala “中国” yang tercatat pada “He Zun” maksudnya sekitar bandar Luoyang, provinsi Henan. Oleh itu, ketika membawa si kecil mengunjungi Muzium Provinsi Henan pada bulan lalu, kami tertarik oleh pameran mengenai ukiran tersebut dan khusus membeli magnet peti sejuk berkenaan.
Meskipun lebih 3000 tahun sudah berlalu dan perkataan Mandarin pula mengalami perkembangan, tapi perkataan “中国” yang merupakan paling awal dalam sejarah ini masih boleh difahami oleh semua pengunjung. Ini kerana budaya China tidak pernah terputus, bahkan terus berkembang sehingga sekarang.
Tapi kalau melihat pelbagai tamadun purba yang lain di dunia, misalnya Tamadun Mesir Purba, bahasa Mesir Purba kini hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil pakar. Bahkan penduduk Mesir sekarang sudah tiada kaitan degnan orang Mesir Purba dari segi bahasa, budaya bahkan ikatan darah.
Budaya tradisional China yang mempunyai sejarah begitu lama membentuk nilai moral, masyarakat, negara bahkan pandangan dunia yang unik, serta semangat rakyat China untuk bersatu padu, berjuang dan berinovasi.
Semua ini membentukkan China pada zaman ini dan pada masa depan.
Mengunjungi muzium, bangunan purba, dan pasaran produk budaya dan kreatif amat popular di China pada masa ini. Mengimbas kembali jalan yang kami lalui akan membantu kami meneroka jalan sendiri pada masa depan. Apa jua sistem pentadbiran yang kami pilih mestilah bersesuaian dengan keadaan benar di negara ini dan juga kebudayaan tradisional China.
Dari segi yang lain, dengan pengalaman yang sanggup mengekalkan satu tamadun selama ribuan tahun, China lebih berkeyakinan untuk membezakan apakah jalan pembangunan lestari bagi suatu negara dan manakah masa depan bagi umat manusia.