Beijing Jadi Lebih Istimewa Bagi Pelancong Pada Hari Kebangsaan
Sepanjang 7 hari cuti sempena Hari Kebangsaan China bermula 1 Oktober, Satria tidak membawa keluarga pergi melancong ke mana-mana destinasi pelancongan. Bagi Satria, tempoh ini merupakan peluang yang perlu diberikan kepada pelancong dari seluruh dunia untuk menerokai keindahan Beijing. Sepanjang tempoh satu minggu ini, lebih 21 juta pelancong telah melawat Beijing dan jumlah ini hampir menyamai jumlah penduduk yang ada dalam bandar ini.
Ramai yang tahu bahawa Beijing mempunyai sejarah yang cukup lama serta banyak tinggalan sejarah yang masih ada di sekitar bandar ini. Justeru itu ia telah menarik kehadiran ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara. Namun, melancong ke Beijing sempena Hari Kebangsaan memberikan makna yang berbeza dan lebih istimewa.
Kalau pergi ke Dataran Tian’anmen di pusat bandar pada waktu malam 30 September, anda akan menyaksikan ramai orang yang tidur bergelimpangan di tepi jalan. Jangan salah faham, bukannya mereka tidak mampu untuk membayar hotel, sebaliknya mereka sanggup berada di kawasan tersebut lebih awal kerana ingin menyaksikan upacara menaikkan bendera kebangsaan yang dilakukan pada awal pagi 1 Oktober pada setiap tahun. Tahun ini sahaja, pagi tersebut menyaksikan kira-kira 123 ribu orang pelancong berkumpul di Dataran Tian’anmen.
Menerusi vlog-vlog yang dikongsikan para pelancong di platform media sosial masing-masing, ramai yang kelihatan teruja dan bersama-sama menyanyikan lagu patriotik sebelum upacara bermula, meskipun cuaca pada waktu itu sangat sejuk.
Ramai antara mereka merupakan golongan kanak-kanak yang dibawa oleh ibu bapa masing-masing. Malah Dataran Tian’anmen menjadi destinasi pertama mereka setelah tiba di Bejing. Ada yang menyatakan bahawa upacara menaikkan bendera kebangsaan merupakan cara rakyat China menyatakan rasa cinta mereka kepada tanah air.
Satria cukup faham perasaan tersebut kerana Satria juga pernah melalui saat-saat seperti itu. Ketika saya baru memulakan pengajian di salah satu universiti di Beijing pada 2004, Satria dan beberapa rakan mahasiswa lain, berjalan kaki selama 4 jam dari kampus ke Dataran Tian’anmen pada tengah malam, untuk menyaksikan upacara menaikkan bendera sempena Hari Kebangsaan.
Semua rakyat China pasti memasang impian untuk melawat Dataran Tian’anmen, menyaksikan upacara menaikkan bendera kebangsaan, menziarahi Dewan Peringatan Mendiang Pengerusi Mao Zedong serta singgah di Tugu Peringatan Pahlawan Rakyat. Malah kami memahami, pengibaran bendera merah ini bukan hanya menggunakan 46 saat sahaja, tetapi melalui perjuangan lebih 100 tahun.
Pada lebih 70 tahun yang lalu, terdapat seorang lelaki warga emas Uygur, namanya Kuerban Tulumu, pernah merancang untuk menunggang keldainya dari Yutian, Xinjiang ke Beijing yang berjarak kira-kira 4000km, dengan tujuan untuk mengunjungi Pengerusi Mao Zedong.
Kuerban Tulumu dilahirkan pada tahun 1883, akibat tidak tahan dengan kesengsaraan sebagai seorang hamba kepada bangsawan yang terpaksa mengerah keringat sebagai petani. Justeru beliau melarikan diri ke oasis dekat padang pasir Taklimakan. Setelah pembebasan Xinjiang berikutan penubuhan Republik Rakyat China, askar PLA mendekati Kuerban yang pada waktu itu dalam keadaan yang cukup tiada terurus. Lelaki tua ini bersama keluarganya buat kali pertama diberikan rumah, ladang, keldai dan pelbagai alat pertanian lain dari kerajaan. Maka dengan kerajinan kerja, kehidupan Kuerban berubah menjadi lebih baik.
Impian warga emas ini akhirnya tercapai dengan bantuan dan perjuangan dari Parti Komunis China yang dipimpin oleh Pengerusi Mao Zedong. Disebabkan itu, beliau merancang untuk pergi ke Beijing dan melawat Pengerusi Mao Zedong bagi mengucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih.
Oleh itu pada Hari Kebangsaan tahun 1956, Kuerban menunggang keldainya dan menuju ke Beijing. Beliau turut membawa roti nang untuk dimakan sepanjang perjalanan, serta banyak makanan khas Xinjiang untuk diberikan kepada Pengerusi Mao Zedong.
Pegawai tempatan yang mengetahui perkara ini segera mengejar Kuerban dan memujuk beliau untuk pulang ke rumah, kerana tidak mungkin lelaki ini dapat sampai ke Beijing dengan hanya menunggang keldainya.
Akhirnya impian Kuerban direalisasikan pada 1958 apabila beliau terpilih sebagai tokoh teladan kerja serta diundang menyertai sambutan Hari Kebangsaan, sekaligus berjumpa dengan Pengerusi Mao.