BRICS Tepati Aspirasi Malaysia dan Thailand
Global South sedang lebih lantang menyuarakan pandangan berhubung mengekalkan kedamaian dan memelihara keadilan. Ia merupakan kemajuan besar dalam pembangunan masyarakat umat manusia.
Menjelang Sidang Kemuncak BRICS 2024, Forum Kumpulan Pemikir Negara-negara Selatan Global anjuran CGTN diadakan di Beijing.
Kerjasama negara-negara membangun berfokus kepada kedamaian dan pembangunan baik dalam Global South mahupun dalam BRICS. Dengan ini, banyak negara turut memohon menganggotai BRICS, yang turut mencerminkan gangguan terhadap perdagangan bebas yang wujud di pasaran antarabangsa kini menjejaskan pembangunan negara-negara terbabit.
Sejak mengemukakan permohonan penganggotaan BRICS pada bulan Julai, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim teleh mengulangi aspirasi tersebut ketika menghadiri Forum Ekonomi Timur di Rusia pada bulan lalu dan diundang menghadiri Sidang Kemuncak BRICS yang bakal dirasmikan di Kazan pada 22 hingga 24 Oktober.
Berbanding Malasysia, permohonan yang dikemukakan Thailand pada masa lagi awal.
Malaysia dan Thailand antara “Empat Harimau Asia” pernah mengalami pembangunan yang pesat pada tahun 1980-an hingga 1990-an. Namun trend pembangunan yang cemerlang kedua-dua negara tersebut terhenti akibat krisis kewangan, dan usaha pemulihan mereka boleh dikatakan berlarutan sehingga hari ini.
Punca krisis kewangan yang melanda Thailand dan Malaysia pada 1997 termasuk perdagangan luar yang terlalu tergantung kepada Barat dan sistem pertukaran mata wang antarabangsa yang kurang adil.
Oleh itu, ASEAN kini menjadi penyokong perdagangan bebas yang paling kukuh. Selain mengambil bahagian dalam kerjasama multilateral seperti CAFTA dan RCEP, Malaysia juga merupakan anggota CPTPP. DSAI pula secara aktif menggalakkan perdagangan antarabangsa yang tidak tergantung kepada USD.
Kebetulan BRICS mewakili pasaran baru muncul yang paling berdinamik. Populasinya merupakan 45% dan skala ekonominya menduduki 31.5% daripada keseluruhan dunia. Yang paling penting, negara-negara BRICS menggunakan mata wang sendiri dalam perdagangan.
Ini berbeza dengan sistem perdagangan dan kewangan yang terkawal negara Barat buat masa ini yang semakin kerap kali menggunakan sistem penyelesaian perdagangan antarabangsa, tarif dan sekatan sepihak sebagai senjata demi kepentingan mereka sendiri.
Semua ini menepati aspirasi Thailand, Malaysia dan pelbagai negara membangun yang ingin menjamin keselamatan perdagangan dan kewangan serta mewujudkan pembangunan lestari.