Britain Sasarkan Kekalkan Hubungan Dengan China

2024-10-21 14:31:54  CRI
Share with:

Bukan sahaja menolak mengikut jejak langkah Kesatuan Eropah yang mengenakan tarif tambahan ke atas Kenderaan Elektrik(EV) China, tetapi juga menolak lawatan bekas pemimpin kawasan Taiwan, Tsai Ing-wen ke negaranya, kerajaan Keir Starmer menyatakan komitmen untuk mengubahsuai dasar yang tidak rasional kerajaan Parti Konservatif dalam tempoh 14 tahun yang lalu bagi mengekalkan hubungan dengan China.

 

China mengalu-alukan semua usaha yang membantu memulihkan hubungan bilateral. Beijing dan Shanghai menerima kunjungan Menteri Luar baharu Britain, David Lammy pada hujung minggu lalu.

 

Beliau dalam rangka lawatan itu berkata, China dan Britain mempunyai kepentingan bersama yang meluas, tiada “tirai besi” antara kedua-dua pihak. Kedua-dua negara perlu bekerjasama mencari penyelesaian pragmatik untuk menangani cabaran yang rumit. Memandangkan China merupakan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia dan rakan dagang keempat terbesar bagi Britain, kedua-dua negara mampu saling menyokong bagi mencapai sasaran pembangunan masing-masing.

 

Bagaimanapun, sama ada kerajaan baharu Britain mampu mengekalkan hubungan dengan China atau tidak, tergantung kepada kesediaan mereka untuk memahami dan menerima keistimewaan negara Tembok Besar ini, dan juga keberanian mereka untuk menyatakan pendapat berlainan dengan Amerika Syarikat.

Sepanjang tempoh pemerintahan Parti Konservatif Britain dalam 14 tahun yang lalu, hanya terdapat seorang saja pegawai kanan Britian, iaitu James Cleverly, bekas Menteri Luar pernah melawat China. Pegawai itu nampaknya cukup memahami China, sebab ketika membentangkan pendiriannya mengenai China, James Cleverly memetik ayat dari novel klasik China-- “Hikayat Tiga Negara” sebagai permulaan ucapannya. Selain itu, pegawai itu juga banyak kali menyentuh Empat Reka Cipta Hebat China pada zaman purba, dan fakta China sebagai antara entiti ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 20 abad yang lalu, dan KDNK China pula menduduki 1/3 daripada keseluruhan dunia pada tahun 1820.

 

Bagaimanapun, ini tidak membantu James Cleverly memilih dasar luar yang sesuai ketika berkomunikasi dengan pihak China. Sebab dalam ucapan seterusnya serta semasa lawatannya ke China pada tahun lalu, suara yang diulanginya tetap tertumpu kepada isu hak asasi manusia di Xinjiang dan Hong Kong, bahkan menyatakan isu Taiwan bukanlah hal-ehwal dalaman China. Semua ini mengikuti nada AS saja tanpa memperlihatan apa jua pengalaman yang ditimbanya melalui penyelidikan terhadap sejarah dan budaya China.

 

David Lammy dan kerajaan Keir Starmer telah memperlihatkan sedikit sebanyak perbezaan dalam menangani hubungan dengan China berbanding Parti Konservatif. China bersedia memulihkan semua mekanisme dialog dan kerjasama antara kedua-dua negara, serta bersama-sama mendorong keadilan, keterbukaan dan pembangunan di arena antarabangsa. Bagaimanapun jika tiada dasar diplomatik yang berdikari, Britain susah mengekalkan hubungan strategik dengan China.