Jie Lai Zhi Shi Peribahasa "Jie Lai Zhi Shi" ini berasal daripada kisah tentang seorang mangsa yang masih mengekalkan harga diri walaupun berada di ambang maut oleh kelaparan, dan lebih rela mati kebuluran daripada dihina atau dicaci. Peribahasa ini merujuk kepada benda atau sedekah yang diberikan kepada orang dengan niat untuk menghina. | Gua Tian Li Xia Peribahasa "Gua Tian Li Xia" ini membawa erti, ketika lalu di ladang tembikai, janganlah mencangkung untuk membetulkan kasut, untuk mengelak daripada disyaki sedang mencuri tembikai, manakala apabila berada di bawah pokok plum pula, janganlah mengangkat tangan untuk membetulkan topi, untuk mengelak daripada disyaki sedang memetik buah plum. |
Gua Mu Xiang Kan Peribahasa "Gua Mu Xiang Kan" membawa erti, melihat seseorang dengan pandangan yang baru, atau melayan orang itu dengan lebih hormat. Ia digunakan untuk mempersendakan sesuatu perubahan besar yang berlaku pada seseorang atau sesuatu. | Hua Bing Chong Ji Pada zaman kerajaan Tiga Negeri juga, iaitu pada tahun 220 Masihi hingga tahun 280 Masihi, di Negeri Wei, ada seorang pegawai kanan yang amat bijak, namanya Lu Yu. Pada suatu hari, Raja Negeri Wei ingin mencungkil bakat baru untuk mengisi jawatan kosong di jabatan kerajaan. |
Wang Mei Zhi Ke Pada suatu masa dalam zaman kerajaan Tiga Negeri, Raja Negeri Wei, iaitu Cao Cao telah mengetuai tenteranya menyerang Zhang Xiu. Ketika itu, hari terlalu panas. Askar Cao Cao tidak tertahan akan cahaya matahari yang terik itu, baju mereka mula basah oleh keringat yang mengalir deras, malah ada beberapa orang yang kurang kuat, pengsan di tepi jalan. | Dong Shi Xiao Pin Pada zaman purba kala, di Negeri Yue, ada seorang wanita yang terkenal kerana kejelitaannya. Namanya ialah Xi Shi. Malangnya si cantik ini menghidap penyakit jantung sejak masih muda. Setiap kali diserang sakit jantung, dia akan mengerut dahinya dan tangannya akan mendakap dadanya dengan kuat. |
Dui Niu Tan Qin Peribahasa "Dui Niu Tan Qin" atau "Main Kecapi di Depan Lembu" ini bermaksud, bercakap tanpa melihat sasaran hingga menyebabkan sasaran tersebut tidak faham akan percakapan itu. Sekarang, peribahasa ini juga membawa erti, menjelaskan perkara-perkara yang rumit kepada orang yang bodoh, hanyalah suatu usaha yang sia-sia sahaja. | Han Dan Xue Bu Pada Zaman Negara-negara Berperang (475-221 sebelum Masihi), di Shouling, Negeri Yan, ada seorang budak lelaki yang mengetahui bahawa orang Handan, ibu Negeri Zhao, berjalan dengan bergaya. Maka, dia pun pergi ke sana untuk mempelajari gaya mereka berjalan.Ketika di Handan, tiap-tiap hari, dia memperhatikan cara orang tempatan itu berjalan, dan mencontohi gaya mereka dengan bersungguh-sungguh. |
Tao Yuan Jie Yi Peribahasa "Tao Yuan Jie Yi" ini berasal daripada kisah tentang tiga orang satria dalam sejarah China, iaitu Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei, yang menjalinkan hubungan persaudaraan di sebuah kebun pic. Ia digunakan untuk menggambarkan hubungan persahabatan atau persaudaraan yang akrab, serta semangat setia kawan yang kukuh. | Bu He Shi Yi Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-4 sebelum Masihi, ada sepasang suami isteri yang tinggal di negeri Lu. Si suami itu ialah seorang tukang kasut yang mahir, manakala isterinya pula sangat pandai menenun kain tafeta. Pada suatu hari, selepas berbincang, pasangan tersebut memutuskan untuk mencari rezeki ke negeri Yue. |
Chen Yu Luo Yan Peribahasa "Chen Yu Luo Yan" ini membawa erti, ikan yang berenang dalam sungai dan angsa yang terbang di angkasa pun terpesona dengan kecantikan seseorang itu. Peribahasa ini digunakan untuk menggambarkan kecantikan wanita yang amat luar biasa. | Lao Ma Shi Tu Peribahasa "Lao Ma Shi Tu" atau "Kuda Tua Ingat Akan Jalan" ini membawa erti, orang atau golongan yang berpengalaman boleh menjadi pembimbing yang baik dalam sesuatu perkara. Peribahasa ini memperlihatkan peri pentingnya pengalaman yang kita lalui untuk memimpin kita ke mercu kejayaan. |
Ye Gong Hao Long Peribahasa "Ye Gong Hao Long" atau "Ye Gong Gemar Akan Naga" ini, membawa erti gemar akan sesuatu yang sebenarnya ditakuti. Ia digunakan untuk mempersenda orang atau golongan yang pada zahirnya sangat berminat kepada sesuatu benda, tetapi hakikatnya bukanlah benar-benar suka kepada benda tersebut, malah takut kepadanya. | Keldai di Guizhou Kehabisan Akal (Qian Lu Ji Qiong) Peribahasa "Qian Lu Ji Qiong" atau "Keldai di Guizhou Kehabisan Akal" ini membawa erti, kebolehan yang terhad digunakan hingga habis. "Keldai" yang disebut dalam cerita tersebut pula merujuk kepada orang atau golongan yang nampaknya sangat kuat atau berkuasa, tetapi sebenarnya tidak berupaya. |
Lan Yu Chong Shu Peribahasa "Lan Yu Chong Shu" atau "Berlagak Sebagai Salah Seorang Pemuzik dalam Suatu Pancaragam" ini, membawa erti, menggunakan orang yang tidak berapa pandai untuk mengisi jawatan kosong supaya genap jumlahnya. Peribahasa ini juga digunakan untuk mempersenda orang atau golongan yang tidak mempunyai apa-apa kepandaian dan kemahiran, dan sentiasa hidup dalam keadaan bercelaru. | Bi Shang Liang Shan Peribahasa "Bi Shang Liang Shan" atau "Terpaksa Pergi ke Gunung Liangshan" ini bermakna terpaksa melakukan pemberontakan oleh sesuatu sebab. Ia juga digunakan untuk mempersenda seseorang yang melakukan sesuatu perkara secara terpaksa, dan bukan kerana kehendak hatinya. |
Wei Ru Lei Luan Peribahasa "Wei Ru Lei Luan" atau "Cemas dan Berbahaya Seperti Timbunan Telur" ini, digunakan untuk menggambarkan situasi yang sangat cemas dan genting, seperti timbunan telur yang akan runtuh dan pecah pada bila-bila masa sahaja. Ia membawa maksud yang hampir sama dengan maksud peribahasa "seperti telur di hujung tanduk". | Fu Jing Qing Zui Peribahasa "Fu Jing Qing Zui" atau "membawa ranting berduri di atas belakang tanpa memakai baju" ini bermakna meminta maaf kerana sesuatu kesalahan. Ia digunakan untuk menyindir seseorang yang sanggup mengakui kesilapan dirinya dan memohon maaf secara terbuka. |
Shang Xing Xia Xiao Peribahasa "Shang Xing Xia Xiao" ini membawa erti, perbuatan (biasanya yang buruk) yang dilakukan oleh golongan atasan atau generasi terdahulu akan dicontohi oleh golongan bawahan atau generasi kemudian. Peribahasa ini ada sedikit persamaan maknanya dengan peribahasa "Bapa burik anak rintik" atau dengan ungkapan umum "kemimpinan melalui teladan". | Zhi Lu Wei Ma Peribahasa "Zhi Lu Wei Ma" ini membawa erti yang sama dengan peribahasa "Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam", iaitu berdusta atau yang buruk dikatakan baik, dan yang baik dikatakan buruk. Ia digunakan untuk mempersenda perbuatan yang menterbalikkan yang benar dengan yang salah secara sengaja. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |