Cari:
• Shou Zhu Dai Tu
Pada zaman Chunqiu, ada seorang petani miskin yang suka berangan-angan pada siang hari untuk memperoleh hasil kerja dengan mudah. Pada suatu hari, ketika bekerja di sawahnya, petani itu ternampak seekor arnab berlari dengan pantas menuju ke arahnya.
• Ke Zhou Qiu Jian
Peribahasa "Ke Zhou Qiu Jian" ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang mempunyai pemikiran yang dangkal, sempit dan ketinggalan jika dilihat dari realiti semasa. Orang atau golongan ini masih berpegang kuat kepada rutin-rutin yang lama, dan tidak tahu menyesuaikan diri dengan situasi yang berubah-ubah ketika menguruskan sesuatu hal.
• Ban Men Nong Fu
Peribahasa "Ban Men Nong Fu" yang membawa erti, mahu menunjuk-nunjuk pandai menggunakan kapak di depan Lu Ban ini, digunakan untuk mempersenda perbuatan yang cuba menunjukkan kepandaian diri yang tidak seberapa di depan orang yang benar-benar pandai.
• Ba Miao Zhu Zhang
Peribahasa "Ba Miao Zhu Zhang" ini membawa erti, menarik semaian ke atas untuk membantunya tumbuh dengan lebih cepat. Peribahasa ini digunakan untuk mempersenda perbuatan yang tidak mengikut hukum alam. Ia juga menasihati kita supaya bersabar dan tidak mengharapkan hasil kerja yang cepat dan segera.
• Ai Wu Ji Wu
Pada abad ke-11 sebelum Masihi, Dinasti Shang yang sudah memerintah selama 600 tahun di China menjadi semakin lemah. Pentadbiran yang tidak adil, perang yang berlarutan bertahun-tahun lamanya, cukai dan beban yang dikenakan ke atas rakyat jelata yang semakin berat, serta tentangan daripada kalangan bangsawan yang semakin hebat, mengheretnya ke kancah kegawatan yang amat serius.
• Po Fu Chen Zhou
Peribahasa "Po Fu Chen Zhou" ini asalnya bermakna sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir kerana tiada jalan untuk berundur lagi. Ia juga membawa erti, membina azam yang kuat untuk mencapai sesuatu tujuan walau dengan apa jua cara sekalipun.
• Si Mian Chu Ge
Peribahasa "Si Mian Chu Ge" ini digunakan untuk menggambarkan situasi yang genting apabila seseorang dikepung oleh musuhnya dari segenap penjuru tanpa seorang pun yang tampil memberikan bantuan. Ia juga membawa erti, apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu kesukaran yang agak mencabar, apa jua yang terjadi seolah-olah meramalkan kegagalannya.
• Nan Ke Yi Meng
Peribahasa "Nan Ke Yi Meng" ini membawa erti bermimpi pada siang hari atau mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat direalisasikan. Ia juga memberikan kita satu pengajaran bahawa kekayaan, pangkat dan kekuasaan hanyalah mimpi kosong semata-mata. Jangan terlalu mementingkan perkara tersebut.
• Qian Ju Hou Gong
Peribahasa "Qian Ju Hou Gong" ini membawa erti sikap yang berubah-ubah ketika melayan seseorang, iaitu mula-mulanya memandang rendah kepadanya, kemudian melayannya pula dengan penuh hormat. Ia menasihati kita supaya jangan menilai orang lain dari sudut kekayaan, pangkat dan kekuasaan semata-mata.
• Qi Bu Cheng Shi
Pada zaman kerajaan Tiga Negeri, iaitu pada tahun 220 Masihi hingga tahun 280 Masihi, raja Negeri Wei, iaitu Cao Cao merupakan panglima tentera dan juga penyair yang paling terkemuka di China. Dua orang anaknya, iaitu Cao Pi dan Cao Zhi juga amat cemerlang dalam bidang kesusasteraan.
• Po Jing Chong Yuan
Pada abad ke-6 Masihi, bahagian utara China dikuasai oleh pemerintah Dinasti Sui. Bahagian selatan China pula terdiri daripada beberapa buah negeri yang kecil. Bagaimanapun, negeri-negeri tersebut ditawan satu demi satu oleh tentera kerajaan Sui, dan akhirnya, hanya tinggal negeri Chen sahaja.
• Mao Sui Zi Jian
Pada Zaman Chunqiu, iaitu kira-kira 2000 tahun yang lalu, negeri Qin telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap negeri Zhao. Akhirnya, tentera Qin berjaya mengepung Handan, ibu kota negeri Zhao, untuk memaksa raja negeri tersebut menyerahkan kuasa pemerintahannya.
• San Ren Cheng Hu
Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-5 sebelum Masihi, negeri Wei dan negeri Zhao merancang untuk menjalinkan hubungan sekutu, dengan syarat saling menghantar puteri sebagai jaminan. Oleh itu, raja negeri Wei memutuskan untuk menghantar anak bongsunya, dengan ditemani oleh menteri kanan, Pang Cong, ke negeri Zhao.
• Nong Qiao Cheng Zhuo
Pada zaman Dinasti Song Utara, ada seorang pelukis yang tersohor bernama Sun Zhiwei. Dia sangat pandai melukis potret dan figura, sehingga ramai orang ingin berguru dengannya. Pada suatu hari, Sun Zhiwei diminta melukis sebuah potret untuk Dewa Matahari. Setelah bentuk lakaran selesai, dia mengambil berus untuk mewarnakan lukisan itu.
• Hua Zhou Ge Ji
Fan Zhongyan ialah ahli politik dan sasterawan yang tersohor di China pada zaman Dinasti Song Utara. Beliau bukan sahaja membuat jasa yang besar dalam bidang politik, malah mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang kesusasteraan dan ketenteraan. Kejayaannya yang cukup cemerlang ini dikatakan sebagai hasil kegigihan, kesungguhan dan ketekunannya ketika beliau masih muda.
• Luo Yang Zhi Gui
Ketika Zuo Si berumur 20 tahun, seisi keluarganya telah berpindah ke bandar Luoyang, ibu negara China pada ketika itu. Dengan yang demikian, Zuo Si mempunyai kesempatan untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman dengan golongan cendekiawan di peringkat atasan yang menguasai cabang ilmu yang pelbagai di sana.
• Kua Xia Zhi Ru
Peribahasa "Kua Xia Zhi Ru" ini merujuk kepada orang atau golongan yang sanggup menerima penghinaan buat sementara waktu biarpun diminta merangkak di bawah kelangkang orang. Orang atau golongan dengan sifat ini diyakini dapat berjaya pada suatu hari nanti, baik dalam kehidupannya, mahupun dalam kerjayanya.
• Yi Ming Jing Ren
Peribahasa "Yi Ming Jing Ren" ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang tidak tahu menghargai bakat dan kemampuan yang dimiliki mereka. Bagaimanapun, jika mereka menggunakan bakat mereka dengan sebaik-baiknya, mereka pasti akan mencapai kejayaan yang cemerlang.
• Cao Mu Jie Bing
Peribahasa "Cao Mu Jie Bing" mula digunakan untuk menggambarkan betapa teruknya kekalahan yang dialami oleh tentera yang diketuai oleh Fu Jian itu. Ia membawa pengertian psikologi tentang seseorang yang mudah terkejut atau berasa takut dengan sesuatu yang dibayang-bayangkannya. 
• Bai Fa Bai Zhong
Peribahasa Bai Fa Bai Zhong ini merujuk kepada seseorang yang pandai memanah, setiap panahannya kena tepat pada sasaran. Ia juga memberikan pengertian tentang seseorang yang dapat meramalkan sesuatu perkara dengan tepat dan penuh yakin.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China