Hua She Tian Zu Peribahasa"Hua She Tian Zu"ini memberikan pengajaran kepada kita supaya mematuhi arahan dan mempunyai tujuan yang jelas ketika membuat sesuatu kerja, dan jika kerja itu selesai dibuat, jangan berlagak sombong, jika tidak, kita juga akan mengalami kerugian. | An Tu Suo Ji Pada zaman Chunqiu, di Negeri Qin, ada seorang pakar yang pandai mengenal baka kuda yang unggul, namanya Sun Yang. Disebabkan bakatnya dalam bidang tersebut terlalu istimewa, dia diberi gelaran sebagai Bo Le. Kononnya, "Bo Le" ialah nama sebutir bintang di langit, yang bertugas menguruskan kuda di syurga. |
Hendak Ke Selatan dengan Menaiki Pedati Ke Utara Pada abad ke-5 sebelum Masihi, peperangan berlaku di beberapa negeri di China kerana perebutan wilayah dan bersaing untuk menguasai negeri-negeri yang kecil dan lemah. Ketika ini, muncullah banyak penasihat raja di negeri-negeri berkenaan. Mereka amat bijak dalam menggunakan metafora ketika memberi nasihat kepada raja moga-moga cadangan diterima mereka. | Encik Dong Guo dan Serigala Zhongshan Sekarang, "Encik Dong Guo" dan "serigala Zhongshan" sudah menjadi satu istilah dalam bahasa Mandarin. "Encik Dong Guo" merujuk kepada golongan yang lurus bendul, tidak berfikir panjang dan mudah termakan kata-kata manis walaupun daripada orang yang tidak dikenali. "Serigala Zhongshan" pula merujuk kepada golongan yang selalu membalas kebaikan dengan kejahatan. |
Cerita tentang Pendeta Agama Tao di Gunung Laoshan (2) Sebelum pulang ke kampung halamannya, pendeta itu telah memberikan satu nasihat kepada Wang Qi supaya dia sentiasa jujur dan bekerja dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ilmu ghaib itu tidak akan berguna lagi. Bagaimanapun, sebaik saja tiba di rumah, Wang Qi menjadi sangat sombong. | Bei Gong She Ying Peribahasa Bei Gong She Ying ini mempersendakan seseorang yang bergelut dengan kebimbangan atau ketakutan yang dibayang-bayangkannya sehingga kesihatan mentalnya terganggu. Berdasarkan pengalaman kawan Le Guang itu, jelas bahawa penyiasatan dan penyelidikan itulah sahaja satu-satunya pendekatan untuk menyelesaikan segala masalah. |
Cerita tentang Pendeta Agama Tao di Gunung Laoshan (1) Buku "Cerita Aneh" merupakan kumpulan cerita dongeng yang dihasilkan oleh Pu Songling, seorang penulis yang terkenal pada zaman Dinasti Ming China. "Cerita tentang Pendeta Agama Tao di Gunung Laoshan" merupakan salah sebuah cerita dalam buku itu. | Rubah Gunakan Kegarangan Harimau untuk Menipu Cerita teladan ini menasihati kita supaya mempunyai visi untuk menyisihkan yang palsu dan mempertahankan yang benar. Jika tidak, kita akan mudah tertipu oleh mereka yang asyik menipu orang dengan menggunakan nama orang yang berwibawa. |
Katak Dalam Perigi Cerita teladan ini menasihati kita supaya kita jangan mudah lega dan mudah berpuas hati dengan pencapaian yang sedikit, sebaliknya kita patut terus memperbaiki segala kelemahan kita dan meningkatkan lagi usaha yang dilakukan selama ini. | Zou Ji Bandingkan Ketampanannya dengan Orang Lain Perdana Menteri negeri Qi, iaitu Zou Ji agak tegap dan tampan. Menurut ceritanya, pada suatu pagi, setelah mengemaskan bajunya, dia mula meneliti dirinya di depan cermin, lalu bertanya kepada isterinya, "Antara saya dengan Xu Gong yang tinggal di sebelah utara, siapa yang lebih kacak?" |
Doktor Bian Que Mendiagnosis Penyakit Raja Bian Que merupakan doktor yang paling tersohor di China pada zaman kuno. Menurut ceritanya, pada suatu hari, dia telah dipanggil ke istana untuk memeriksa kesihatan Raja Caihuangong. Setelah memeriksa dengan teliti, dia berkata kepada raja itu, "Hamba mendapati bahawa ada penyakit ringan pada kulit tuanku. Jika penyakit ini tidak diubati dengan secepat mungkin, ia mungkin merebak ke seluruh badan." | Heshi Serahkan Batu Jed Menurut ceritanya, Bian He, dari negeri Chu, telah mendapat sebiji batu jed yang tidak dicanai, dari Gunung Chu. Dia terus menyerahkan jed itu kepada Raja Negeri Chu, iaitu Raja Liwang. Raja Liwang segera memanggil seorang tukang jed yang amat mahi, dan memintanya membuat penilaian terhadap mutu jed itu. |
Cerita tentang "Taktik Bandar Kosong" Menurut ceritanya, pada abad ketiga Masihi, negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu merupakan tiga kekuatan yang terbesar di China. Zhuge Liang merupakan penasihat tentera negeri Shu. Dia amat pandai memimpin gerakan tentera ketika berperang. | Cerita tentang Mozi dan Yunti Mozi hidup pada abad ke-5 sebelum Masihi. Pada zaman itu, China terdiri daripada beberapa buah negeri. Antaranya, negeri Chu ialah negeri yang besar, manakala, negeri Song pula ialah negeri yang agak kecil. |
Meminjam Anak Panah dengan Perahu Berjerami Menurut ceritanya, pada abad ketiga Masihi, negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu merupakan tiga kekuatan yang terbesar di China. Ketiga-tiga negeri tersebut saling bersaing untuk mengalahkan antara satu sama lain. | Chu Long Memujuk Ibu Suri Zhao Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-5 sebelum Masihi, negeri Zhao ditadbirkan oleh Ibu Suri Zhao. Ketika itu, negeri Qin ingin menyerang negeri Zhao. Jadi, negeri Zhao terus meminta bantuanku dari negeri Qi yang menjalin hubungan baik dengannya. |
Tian Ji Sertai Lumba Kuda Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu abad ke-4 sebelum Masihi, di negeri Wei, terdapat seorang pemimpin kerajaan bernama Sun Bing. Sun Bing dipenjarakan begitu lama atas fitnah yang sengaja dibuat oleh rakan sejawatnya, Pang Juan yang ingin menghancurkan kerjaya politiknya. | Legenda Ximen Bao Ximen Bao hidup dalam zaman Dinasti Wei, iaitu pada abad ke-5 sebelum Masihi. Dengan bakatnya yang serba boleh, dia dihantar ke Kaunti Ye untuk menjadi ketua kaunti itu. |
Bunuh Tiga Kesateria dengan Dua Biji Buah Pic Kononnya, pada abad ke-7 sebelum Masihi, terdapat tiga orang kesateria di negeri Qi, China. Ketiga-tiga orang kesateria yang gagah berani itu amat disukai oleh raja negeri Qi. | Kodok Bermain dengan Naga Pada zaman Dinasti Han Timur, di sekitar bandar Luoyang, sering berlaku gempa bumi. Menurut catatan sejarah, dalam tempoh lebih 50 tahun, iaitu bermula tahun 89 hingga tahun 140 Masihi, 33 kali gempa bumi telah berlaku di kawasan tersebut. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |